• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perparitan Tidak Diselenggara Punca Bahau Banjir

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Sistem perparitan yang tersumbat dan tidak diselenggara dengan baik menjadi punca berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan di Bahau, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong.

Dalam tinjauannya di kawasan sekitar stesen minyak Petronas di Bahau, di sini, Teo berkata kawasan berkenaan juga merupakan antara lokasi yang kerap kali berlaku banjir kilat dan ia disebabkan oleh longkang yang tersumbat.

Kawasan sekitar stesen minyak itu kerap dilanda banjir kilat dan yang terbaharu adalah pada Julai lepas.

“Banyak usaha pembersihan dilakukan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Majlis Daerah Jempol (MDJ) serta SWM Environment Sdn Bhd, cuma ia masih tidak berkesan disebabkan struktur longkang yang bermasalah.

“Jadi hari ini kita mengarahkan pihak MDJ mengambil tindakan sewajarnya untuk mencari punca takungan air ini untuk diatasi manakala SWCorp pula akan terus melakukan kerja-kerja pembersihan terutamanya di kawasan hostpot yang kerap mengalami banjir kilat di Bahau seperti di sekitar stesen minyak Petronas Bin Salim, Taman Cempaka dan Taman Satelite,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Teo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau berkata pihaknya telah pun memohon peruntukan sebanyak RM200,000 kepada kerajaan pusat untuk kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dikawasan berkenaan.

“Kita masih menunggu peruntukan dari kerajaan pusat dan kemungkinan besar pada tahun depan kita akan memulakan kerja membaiki struktur longkang dan sistem perparitan di sini…tetapi buat masa sekarang apa yang kita boleh lakukan adalah melakukan kerja pembersihan longkang secara kerap,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjirsistem perparitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd