• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sifar Plastik, Polistirena Di Wilayah Persekutuan Menjelang 2020

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua premis perniagaan di Wilayah Persekutuan diwajibkan menggunakan produk biodegradasi menjelang 2020 sebagai langkah memelihara kelestarian alam sekitar, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya pelaksanaan cadangan penggunaan produk biodegradasi dan boleh dikompos di peringkat kebangsaan itu dipersetujui jemaah menteri dan pihaknya menjadi perintis dalam usaha itu.

“Bahan-bahan polistirena, beg plastik konvensional dan straw plastik menghasilkan bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan manusia dan banyak dikaitkan dengan pencemaran alam sekitar.

“Oleh itu, kempen mendidik masyarakat, peniaga dan agensi berkaitan terhadap penggunaan bahan biodegradasi giat dilaksanakan menerusi Pelan Tindakan Teknologi Hijau Wilayah Persekutuan sebelum ia diwajibkan pada 2020,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyelarasan dan Penguatkuasaan Penggunaan Produk Biodegradasi di sini, hari ini.

Seminar yang disertai kira-kira 300 peserta itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat dan pemain industri mengenai penggunaan produk biodegrasi dalam usaha menjadikan landskap bandar raya bebas plastik dan alam sekitar yang bersih.

Sementara itu, Khalid berkata tindakan penguatkuasaan akan dikenakan ke atas syarikat-syarikat pengilang yang didapati menyalahgunakan logo Kementerian Wilayah untuk dicetak pada produk plastik bukan biodegradasi.

Katanya ia berikutan aduan yang diterima bahawa terdapat syarikat pengilang dan pengedar yang telah berbuat demikian untuk membekalkan plastik-plastik yang tidak diiktiraf kepada premis-premis perniagaan di sekitar ibu kota.

“Sejak 1 Sept 2017, produk-produk plastik biasa, plastik oxo dan plastik ‘photo-biodegradable’ adalah tidak dibenarkan sama sekali dan hanya plastik jenis biodegradasi sahaja yang diiktiraf pensijilan Sirim boleh digunakan.

“Kami memandang serius akan perkara ini dengan menjalankan pemeriksaan di syarikat-syarikat pengilang dari semasa ke semasa dan tindakan akan dikenakan jika didapati menggunakan logo kementerian dan pensijilan Sirim ke atas plastik yang tidak dibenarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Khalid Abdul Samadplastik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Tak Tutup Kilang Plastik Walaupun Kempen Bebas Plastik

29/07/2019
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak berhasrat untuk menutup kilang plastik yang beroperasi di negeri ini, walaupun telah menjalankan kempen...

6 Ahli Parlimen KL Dilantik Anggota Majlis Menteri

30/05/2019
0

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan pelantikan enam Ahli Parlimen di Kuala Lumpur sebagai anggota Majlis Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd