Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Harith Iskander Bawa Komedi...

INDUSTRI lawak di negara kita ini sudah semakin berkembang. Ini dapat disaksikan dengan...

Seberat 152 Kilogram, Kerapu...

REZEKI... Seekor ikan kerapu gergasi seberat 152 kilogram (kg) menjadi tumpuan ramai setelah...

PRU15: Spekulasi Orang BN...

PETALING JAYA – Spekulasi bertiup kencang sejak petang tadi mendakwa beberapa nama besar...

Nak Tarik Sokongan Di...

Seorang pemimpin veteran Umno kelihatan mencabar Bersatu bertindak menarik sokongan mereka kepada Menteri...

Siasatan SPRM Terhadap UMNO Kerana Kes Jenayah

PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin UMNO bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah.

Perdana Menteri berkata SPRM mempunyai beribu kes untuk disiasat ketika pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kita tidak boleh membuat 1,000 kes dalam sehari. Kita tumpu (kes) yang besar sahaja dan yang besar-besar ini melibatkan (pemimpin) UMNO.

“Sebab itu, kita mengambil tindakan terhadap orang ini, bukan kerana dia (ahli) UMNO tetapi kerana dia melakukan jenayah,” katanya ketika ditanya sama ada SPRM melakukan penyiasatan terpilih ekoran hanya pemimpin UMNO sahaja yang didakwa dengan kes rasuah.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai AntiRasuah (JKKMAR) di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM boleh membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM4.67 bilion sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi dan keraguan.


Ditanya sama ada beliau mengetahui SPRM membuka semula kes pembelian Scorpene, beliau berkata: “Saya tidak menyedari perkara itu”.

Media melaporkan bahawa Najib hadir ke ibu pejabat SPRM pada Isnin lalu bagi memberi keterangan berhubung kes pembelian Scorpene.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata SPRM akan menyiasat dakwaan bahawa sebuah kementerian telah memberikan lapan daripada 10 kontrak secara terus kepada anak seorang menteri. – BERNAMA

Kategori