• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shamsul Iskandar Menang Ketua Cabang Jasin

oleh
15/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dipilih sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jasin pada pemilihan PKR Melaka, Ahad lepas.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR Melaka dalam satu kenyataan hari ini, berkata Shamsul Iskandar memperoleh 404 undi menewaskan pencabarnya Zulkefly Othman yang mendapat 256 undi.

Shamsul Iskandar turut bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR, bagaimanapun JPP PKR Melaka tidak memberi keputusan bagi pertandingan jawatan peringkat pusat.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Hal Ehwal Orang Asli Melaka, Ginie Lim Siew Lin pula memenangi jawatan Ketua Cabang Alor Gajah selepas meraih 520 undi.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya itu mengalahkan dua pencabarnya, Ahmad Abdul Wahid dan Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Muhammad Jailani Khamis, masing-masing mendapat 505 dan 264 undi.

ADUN Klebang, Gue Teck memenangi jawatan Ketua Cabang Tangga Batu setelah memperoleh 597 undi, menyingkirkan empat pencabarnya, Abdulah Ali yang meraih 574 undi, Rahmat Yusof (76 undi) dan Alias Abd Wahab (18 undi).

Anggota Parlimen Tangga Batu, Rusnah Aluai pula memenangi jawatan Timbalan Cabang Tangga Batu dengan memperoleh 634 undi mengalahkan Mohd Lokman Abdul Gani yang mendapat 597 undi.

Halim Bachik pula dipilih sebagai Ketua Cabang Masjid Tanah dengan meraih 200 undi, mengatasi dua pencabarnya, Abdul Wahab Ibrahim dan Blogger ‘Ratu Naga’ atau nama sebenarnya, Syarul Ema Rena Abu Samah, masing-masing mendapat 151 dan 107 undi.

Sementara, Mohamad Riduwan Md Amin menjadi Ketua Cabang Kota Melaka setelah mendapat undi tertinggi 223 undi mengalahkan dua pencabarnya, Law Bing Haw dan S.Jeyamuralee, masing-masing mendapat 211 dan tujuh undi.

Dalam pada itu, Mohd Rafee Ibrahim yang meraih 376 undi ​​​​​​​memenangi jawatan Ketua Cabang Bukit Katil selepas mengalahkan pencabarnya Md Yusof Abdullah yang memperoleh 320 undi. – BERNAMA

Tags: Shamsul Iskandar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

Shamsul Iskandar, Albert Tei Didakwa Lagi Terima, Beri Rasuah RM64,924

05/12/2025
0

SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei sekali...

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

Shamsul Iskandar Didakwa Setuju Terima RM100,000, Peroleh Suapan 76,829.03

04/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd