• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Tagih Bisa Sathia Liga Musim Depan

oleh Cj Mnh
21/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mahu bangkit daripada lena selepas berjaya mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman, B Sathianathan untuk mengemudi pasukan itu musim depan.

Meskipun belum ada pengumuman rasmi mengenai perkara itu namun perkembangan itu disahkan sumber rapat persatuan itu kepada Sukan NSTP, hari ini.

Sumber rapat FAS itu berkata, kredibiliti bekas jurulatih FELDA United itu yang memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak tempatan begitu ditagih dalam usaha memastikan Red Giants kembali menjadi pencabar dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

“Sebelum ini kami menyenarai pendek beberapa jurulatih asing dan seorang jurulatih tempatan namun memandangkan liga akan bermula kurang dua bulan lagi, kami berpendapat jurulatih asing mungkin kurang arif dengan situasi liga di negara ini.

“Mungkin ini akan menyukarkan jurulatih untuk memilih pemain terbaik jadi sebab itulah kami berasakan jurulatih tempatan lebih baik untuk mengendalikan Selangor.

“Dengan pengalaman luasnya, kami berpendapat beliau boleh terus membuat kerja dan tidak perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Kami juga yakin beliau dapat mengembalikan kegemilangan Selangor,” katanya.

Reputasi Sathianathan yang juga bekas jurulatih kebangsaan mungkin tidak boleh dipertikaikan selepas berjaya membantu dua pasukan kembali ‘naik’ ke saingan Liga Super.

Beliau membantu ATM menjuarai Liga Perdana pada 2012 sebelum membawa kembali FELDA United yang disingkirkan ke divisyen dua musim ini kembali ke kancah liga elit itu musim depan.

Bagaimanapun, beliau tidak mencapai persetujuan dengan pemotongan gaji yang disifatkan terlalu besar oleh FELDA United untuk terus mengemudi pasukan itu sekali gus memaksa beliau mengangkat kaki. – BH Online

Tags: B.Sathianathanselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd