• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Agama Bagi Daif Di Sempadan Kemboja-Vietnam

oleh Cj Mnh
09/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 120 pelajar masyarakat Islam minoriti yang terdiri daripada golongan miskin dan daif di Kampung Jamuan dekat sempadan Kemboja-Vietnam kini mampu mendapatkan pendidikan lebih selesa dengan wujudnya Sekolah Agama Darul Iman yang dirasmikan hari ini.

Ketua NGO Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata sekolah berkenaan menempatkan pelajar berusia antara 6 hingga 15 tahun yang dilengkapi pelbagai kemudahan bagi pembelajaran mereka serta beroperasi dalam dua sesi iaitu pagi dan petang.

“Sebelum ini penduduk bergantung kepada sekolah lama yang uzur dan tidak mempunyai kemudahan elektrik seperti kipas. Kos pembinaan sekolah yang menelan belanja USD30,000 tidak termasuk peralatan sekolah merupakan sumbangan oleh syarikat GLC negeri Terengganu termasuk individu.

“Projek pembinaan sekolah berkenaan bermula sejak Februari lepas dan siap sepenuhnya awal November ini diharap memberi keselesaan untuk mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapha berkata pihaknya berhasrat untuk menambah setingkat lagi bangunan sekolah berkenaan pada masa akan datang bagi menampung keseluruhan pelajar untuk bersekolah dengan lebih selesa dalam satu sesi sahaja.

Perasmian sekolah itu disempurnakan Mustapha dengan dihadiri 300 penduduk kampung, termasuk Ketua Kampung Manap Mohd Zin, Guru Besar Ustaz Ramli Yusof dan guru.

Sekolah Agama Darul Iman dibina di atas tanah seluas suku ekar berdekatan masjid dan setakat ini sebanyak tiga buah sekolah telah dibina oleh NGO Antarabangsa (termasuk Sekolah Agama Darul Iman) di kawasan berkenaan, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: penduduk daifsekolah agama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

Semua Aliran Pendidikan Termasuk Sekolah Agama, UEC Wajib Ambil BM, Sejarah Dalam SPM – PM Anwar

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Semua sekolah pelbagai aliran pendidikan termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama serta sekolah dalam aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) diwajibkan...

Sekolah Agama Johor Buka 9 Januari, TAJ Kekal Operasi 2 Januari

30/12/2021
0

JOHOR BAHRU : Sesi persekolahan bagi Sekolah Agama di seluruh negeri ini telah ditangguhkan ke 9 Januari 2022 berbanding ditetapkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd