• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekatan Saudi Ke Atas Warga Palestin Mengejutkan

oleh
14/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan Arab Saudi menyekat perjalanan rakyat Palestin yang menggunakan pasport sementara Jordan ke negara itu termasuk bagi mengerjakan ibadah Haji dan Umrah, nyata amat mengejutkan.

Pengerusi Palestinian Culture Organization Malaysia (PICOM) Muslim Imran berkata berita itu mula tersebar di media sejak minggu lalu dan sehingga kini kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenainya.

“Sekiranya ini benar, ia akan memberi impak kepada lebih tiga juta penduduk Palestin yang mahu mengerjakan haji dan umrah,” katanya kepada pemberita pada pada sidang media khas Serangan Israel ke atas Gaza oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan.

Muslim berkata pihaknya merasa pelik dan berpendapat tidak wajar perkara ini berlaku memandangkan Palestin tidak mempunyai masalah politik dengan Arab Saudi.

“Tahun lalu mereka menyekat pemegang pasport Qatar bagi haji dan umrah kerana masalah berkaitan politik tetapi kami tak pernah ada masalah dengan Arab Saudi. Lagipun ibadah haji dan umrah adalah berkaitan agama dan bukannya politik. Jadi ia tidak wajar berlaku atau dilakukan,” katanya.

Muslim menjelaskan, Arab Saudi sebelum ini menyekat dokumen perjalanan dan visa bagi penduduk Palestin untuk masuk bekerja ke negara lain melalui negaranya dan sekali gus menyebabkan ramai penduduk Palestin sukar mendapat pekerjaan terutama golongan muda.

Sementara itu, Dr. Hafidzi berkata tindakan kerajaan Arab Saudi dilhat sebagai tidak berperikemanusiaan di mana sebarang tindakan terhadap Palestin tidak sepatutnya melibatkan soal agama, dan menurutnya ini satu petanda bahawa perjuangan rakyat Palestin ini akan mendapat perhatian seluruh dunia.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata pihaknya berharap Malaysia dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala dengan Mesir dalam usaha memudahkan bantuan perubatan disalurkan kepada penduduk Palestin.

“Kita harap melalui hubungan itu, lebih ramai doktor atau pegawai perubatan negara dapat dibawa ke Gaza memandangkan Mesir adalah laluan utama untuk kita menyalurkan bantuan perubatan. Kita juga mensasarkan bantuan rawatan dapat diberikan kepada 2,400 pesakit rakyat Palestin terutama yang memerlukan pembedahan di sana,” katanya.

Menurutnya dalam masa yang sama, pihaknya akan terus medesak pimpinan dunia agar memberi tekanan terhadap Israel agar membebaskan kapal yang membawa bekalan ubatan ke Gaza yang ditahan sejak Mei lalu.

“Sehingga kini, 40 kotak yang mengandungi antibiotik dan ubatan lain yang disumbangkan Fortilla Malaysia masih terkandas atas kapal Al-Awdah yang diculik Israel di perairan antarabangsa.

“Jadi kami desak supaya ubat-ubat itu dibebaskan segera kerana rakyat Palestin sangat memerlukannya terutama selepas serangan yang dilakukan oleh Israel Ahad lalu di wilayah Khan Younis yang menyebabkan tujuh orang terbunuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd