Wednesday, April 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Permit Untuk Perhimpunan...

KUALA LUMPUR - Tiada permit akan dikeluarkan untuk perhimpunan "baju merah" pada 16...

Tun M Kritik 1MDB...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai kepentingan politik...

Jerman Berdepan Krisis Tisu...

BERLIN – Jerman diramal berdepan masalah kekurangan tisu tandas dan kertas kadbod sekiranya...

Pendakwa Raya Belanda Enggan...

AMSTERDAM – Pendakwa Raya Belanda enggan memfailkan rayuan terhadap keputusan perbicaraan berhubung kes...

Tiada Tolak Ansur Jika Timbulkan Kekecohan Di Dewan Rakyat – Speaker

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana ahli Parlimen yang melanggar Peraturan Mesyuarat ketika persidangan Dewan Rakyat kali ini.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Menurut Johari, beliau juga turut memaklumkan kepada kedua-dua timbalannya supaya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menimbulkan kekecohan.

Ujarnya, semua pihak perlu berusaha untuk mecapai prinsip seperti yang terkandung dalam ikrar Rukun Negara yang pertama kali dilafazkan sebelum sebelum persidangan Dewan Rakyat bermula.

“Saya harap semua ahli Parlimen dapat memberikan contoh yang baik kepada rakyat sepanjang berada dalam Dewan Rakyat. Ahli Yang Berhormat kena sentiasa mempamerkan kematangan ketika berucap.

“Saya juga nak maklumkan kepada timbalan-timbalan untuk memastikan masalah-masalah Yang Berhomat yang berlaku di luar dewan sama ada peperangan yang berlaku antara parti ke parti, atau apa juga di media sosial, selesaikan di luar dan jangan mengheret kita di dewan.


“Mana-mana Yang Berhormat menggunakan platform ini untuk tujuan memperkenakan kawan-kawan, saya dah pastikan kita akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin menitahkan semua Ahli Parlimen dan Dewan Negara supaya menjaga adab dan tatatertib, selain menggunakan pertuturan yang sopan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15.

Menerusi titah sama, baginda turut memberi kebenaran kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Yang Dipertua Dewan Negara mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli dewan yang melampaui batas, termasuk mengenakan sekatan daripada menyertai persidangan selama 14 hari.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori