• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Mengaku Salah Langgar Mati 4 Lelaki

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Seorang pemandu wanita mabuk yang menyebabkan kematian empat lelaki manakala seorang lagi cedera parah pada bulan lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol, di Mahkamah Majistret hari ini.

Olivia Ching Oi Yun, 34, yang menghadapi dua pertuduhan pindaan itu, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ferhanshah Farene Mohd Ferdaus.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol yang banyak di dalam badan sehingga menyebabkan kematian dan cedera parah, kira-kira 1.20 pagi pada 8 Julai 2018 di Jalan Chong Thien Vun hadapan Pusat Komersial BDC (1Arena).

Kesemua mangsa yang maut ialah Hiew Nyuk Wei, 20, Clawence Wong Vui Kit, 21, Dicson Lim Kien Shing, 16, dan Chung Vui Chan, 21.

Bagi pertuduhan kedua, Ching didakwa melakukan perbuatan sama sehingga menyebabkan kecederaan kepada Ching Guang Xiong, 21.

​​​​​​​​​​​​​​​Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM20,000.

Tertuduh diwakili Peguam Abdul Gani Zelika dan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Muhammad Fitri Wan Azizan.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh penyerahan dokumen dan jaminan RM4,000 berserta dua penjamin terhadap tertuduh dilanjutkan. – BERNAMA

Tags: langgarmabuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

Lebih 2,300 Insiden Haiwan Liar Mati Dilanggar Dalam Tempoh 4 Tahun – PERHILITAN

12/08/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden haiwan liar mati dilanggar kenderaan atau roadkill direkodkan di negara ini bagi tempoh 2020 hingga 2024,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd