• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Pasti Ada Saiz Baju Sesuai Untuk Najib” – Kadir

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) warna jingga sebaik ditahan atas kesalahan rasuah.

Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin, berkata prosedur itu penting bagi memastikan semua pihak dilayan dengan sama rata.

“Amat membingungkan saya, beliau (Najib) patut memakai baju itu. Saya pasti ada saiz baju yang sesuai dengannya. Sebenarnya ini bukan soal saiz baju sebaliknya saya percaya semua orang perlu dilayan dengan adil.

“Keadilan bukan saja perlu dilaksanakan, malah perlu dilihat untuk dilaksanakan,” katanya pada sesi dialog dan majlis makan malam anjuran Lee Hishammuddin Allen & Gledhill di sini, malam ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang peserta yang bertanyakan kenapa Najib tidak memakai baju lokap SPRM ketika didakwa di mahkamah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, A Kadir berkata, peguam perlu membuat ketetapan menyuarakan isu berkenaan dengan pihak berkaitan supaya perkara itu tidak menjadi polemik.

Ditanya kenapa Najib dibiarkan bebas membuat kenyataan menerusi media sosial, A Kadir berkata, bekas Presiden UMNO boleh menyuarakan apa saja pandangannya selagi tidak menyalahi undang-undang.

“Selagi tidak menyalahi undang-undang, kita tidak patut menghalang beliau daripada membuat sebarang kenyataan. Saya tidak rasa akan ada orang lagi yang menyokongnya selepas beliau ditumbangkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menjelas kerajaan tidak pernah memilih bulu dalam membawa mana-mana individu ke muka pengadilan.

“Saya ingin memberitahu kerajaan tidak pilih bulu, Najib pernah berada dalam Kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, malah pernah menjadi Menteri Besar termuda. Beliau tetap didakwa,” katanya.

Menjawab soalan sama ada perkauman dan agama akan terus dimainkan pembangkang, A Kadir berkata, isu terbabit tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Saya berpendapat isu perkauman dan agama memang penting tetapi pada 9 Mei lalu, majoriti rakyat sudah menyuarakan isi (hati) mereka,” katanya. – BH ONLINE

Tags: A Kadir JasinDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd