Sample Page Title

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang memaki seorang promoter minuman keras telah tampil untuk menyatakan bahawa dia bukan seorang yang bersikap perkauman.

“Saya bukannya bersifat rasis kerana anak saya belajar di sekolah Cina, saya juga mempunyai kawan Cina,” kata Mohamad Edi Bin Mohamad Riyars, yang dikenali sebagai Edi Rejang.

“Pada masa itu saya terlalu letih pulang daripada kerja dan berasa marah, dan saya menjadi terlalu beremosi kerana ia berkaitan dengan alkohol, saya dengan tulus ikhlas meminta maaf kepada wanita itu,” katanya dalam satu video yang disiarkan di laman Facebook ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Mohamad Edi berkata pada mulanya dia mahu membeli barangan runcit di pasar raya besar itu, sambil menambah bahawa dia melihat seorang wanita menawarkan sampel minuman keras kepada pembeli ketika dia berjalan di kawasan tersebut.

“Kerana itu adalah bahagian (jualan) yang sempit, saya melihat ramai orang berkumpul di sana, tapi tempat itu adalah bahagian tidak halal dan saya tidak selidik terlebih dahulu.

“Saya sangat marah pada masa itu, saya mengeluarkan telefon dan memutuskan untuk mengambil video wanita itu, untuk menyoalnya, mengeluarkan isyarat lucah dan berlalu pergi, “katanya.

Promoter wanita yang dikasari Mohamad Edi secara lisan ketika sedang menawarkan sampel minuman beralkohol.

Dia menambah bahawa dia tidak tahu mengapa dia bertindak dengan cara itu, sambil menjelaskan bahawa ia berlaku secara spontan.


“Saya tidak ada niat langsung untuk (bersifat) rasis, kita 1Malaysia memang saya faham… bangsa Cina, Melayu, India semua ada hak dekat situ.

“Memang salah saya, saya lalu dekat tempat itu tidak halal, tetapi saya pergi terjah tempat itu dan mengeluarkan kata-kata kesat di tempat itu,” katanya.

Mohamad Edi juga berkata bahawa dia berharap dapat bertemu wanita itu secara peribadi untuk meminta maaf.

Sementara itu, Lip Eng berkata dalam video tersebut bahawa beliau tidak pasti sama ada wanita terbabit menerima permohonan maaf berkenaan, tetapi menambah bahawa beliau akan menghubungi wanita itu untuk mendapatkan pandangannya mengenai isu ini. – The Star/mStar Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Hak Peribadi Masing-Masing Nak Pertikai Saya Lantik Zahid – PM

KUALA LUMPUR : Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri...

Gaji Jemaah Menteri Dipotong 20 Peratus Tiap Bulan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan gaji bulanan Jemaah Menteri akan...

Jemaah Malaysia Wajib Guna Imbasan Biometrik E-Visa Umrah

Kuala Lumpur : Jemaah Malaysia kini antara yang diwajibkan menggunakan imbasan biometrik bagi mendapatkan...

Harga Telur Lebih Murah Diumum Esok

PUTRAJAYA : Harga telur lebih murah akan diumumkan esok, kata Perdana Menteri, Datuk Seri...

K’jaan Digesa Bawa Masuk Jururawat Asing

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta dan...

Tengku Zafrul Di Qatar, Tak Hadir Mesyuarat Khas Kabinet

PUTRAJAYA : Hanya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku...

Siti Bainun Dimasukkan Ke Hospital Akibat Pneumonia, Hempedu

KUALA LUMPUR – Perbicaraan hari pertama bela diri, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa...