• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusuhan Kuil: Dah Suruh Bersurai, Degil…

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

EMPAT lelaki yang berkumpul di Jalan USJ 16, seberang jalan menghadap Kuil Maha Mariamman, dekat Subang Jaya, ditahan polis kira-kira 1 pagi tadi, selepas arahan bersurai oleh polis tidak diendahkan.

Terdahulu, kumpulan berkenaan dilihat mula berlegar-legar di kawasan itu pada 10.45 malam sebelum pihak polis mengarahkan mereka beredar, bagaimanapun, satu lagi kumpulan muncul menyebabkan bilangan mereka semakin ramai.

Seorang daripada mereka yang mahu dikenali sebagai Shahrizat berkata, tujuan kedatangan mereka bukan untuk membuat provokasi atau mencederakan orang awam.

Selepas lebih sejam berkumpul, pasukan dari Unit Tempur Ringan (LSF) ke lokasi di Jalan USJ 16, sebelum pihak polis meminta mereka beredar secara aman dalam kiraan sepuluh, jika tidak mahu ditahan.

Bagaimanapun, sebilangan daripada mereka enggan beredar sebelum pihak polis mula bertindak menahan empat lelaki.

Secara keseluruhan, keadaan di hadapan kuil berkenaan tenang dan terkawal dengan puluhan anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berada dalam keadaan berjaga-jaga di lokasi.

Bilangan anggota polis dilihat semakin ramai menjelang tengah malam dengan mengawasi setiap sudut kuil dan kawasan sekitar.

Orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekitar kuil sejak 8 malam apabila laluan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dekat Kilometer 1.4 menghala ke Shah Alam ditutup.

Laluan dilencongkan ke Putra Height selain laluan masuk dari Putra Height ke laluan utama turut ditutup sepenuhnya bertujuan mengawal keadaan di kuil berkenaan, namun ia dibuka semula kira-kira 3 pagi. – myMetro Online

Tags: Kuil Sri Maha Mariammanpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd