• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Hantar Peluru Berpandu S-400 Ke Crimea

oleh Ahmad Albab
29/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RUSIA akan hantar lebih banyak sistem peluru berpandu permukaan ke udara canggih, S-400, ke Crimea dan kapal perang negara itu dihantar ke kawasan berhampiran ketika ketegangan dengan Ukraine meningkat susulan rampasan kapal tentera laut Kiev.

Rusia secara berterusan menghantar perkakasan baharu tenteranya ke Crimea sejak mendudukinya dari Ukraine pada 2014, menukarnya dalam apa digelar media disokong Kremlin sebagai kubu.

Pengumuman Moscow mengenai pengerahan peluru berpandu itu diikuti rampasan tiga kapal tentera laut Ukraine dan kru mereka Ahad lalu dalam apa yang dikatakan kemasukan haram ke perairan Rusia, namun dinafikan Kiev.

Kiev memperkenalkan undang-undang tentera di sebahagian negara itu selepas insiden terbabit, mengatakan ia bimbang pencerobohan mungkin Rusia.

Episod itu berisiko menghalang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden Vladimir Putin dalam sidang G20 di Argentina minggu ini.

Trump berkata kelmarin, beliau mungkin membatalkan pertemuan itu susulan insiden terbabit, namun Kremlin berkata semalam, ia beranggapan perbincangan masih diteruskan.

Seorang jurucakap tentera daerah selatan Russia, Vadim Astafyev, dipetik agensi berita semalam sebagai berkata, satu batalion baharu peluru berpandu S-400 akan dihantar ke Crimea tidak lama lagi dan boleh beroperasi menjelang akhir tahun.

Crimea sudah menempatkan tiga batalion sistem peluru berpandu anti-pesawat yang memiliki jarak sehingga 400 kilometer, membolehkan Rusia mengawal sebahagian besar ruang udara di atas Laut Hitam.

Dalam pada itu, Putin berkeras semalam, pasukan keselamatannya berhak merampas tiga kapal Ukraine hujung minggu lalu.

Dalam kenyataan pertamanya sejak konfrontasi laut Ahad lalu, Putin berkata, ia dicetuskan Kiev sebagai satu ‘provokasi.’

Katanya, kapal Ukraine memasuki perairan milik Rusia dan enggan menjawab permohonan supaya berhenti daripada bot peronda miliknya. – Reuters/AFP/BH ONLINE

Tags: Peluru BerpanduRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd