• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM342 Juta Diperuntuk Kepada Kira-Kira 4,500 Nelayan Kedah

oleh Ahmad Albab
12/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak RM342 juta diperuntukkan oleh Kementerian Pertanian Industri Asas Tani kepada 4,561 nelayan di seluruh Kedah sepanjang 2013 sehingga 2018 bagi membantu meringankan beban mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Industri Utama negeri, Azman Nasrudin berkata bantuan dan peruntukan yang disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu adalah melalui pelbagai program bantuan sosial dan program pembangunan.

“Bagi 2013 sebanyak RM68 juta telah disalurkan kepada nelayan yang layak manakala RM69 juta (2014), RM54 juta (2015), RM63 juta (2016), RM50 juta (2017) dan sebanyak RM36 juta pada 2018,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Azhar Ibrahim (PAS-Ayer Hitam) yang ingin tahu jumlah peruntukan dan sumbangan oleh kerajaan Persekutuan kepada golongan nelayan di Kedah mengikut tahun bagi 2013 hingga 2018.

Sementara itu, Azman berkata walaupun jumlah peruntukan yang diberikan berkurangan, elaun sara hidup masih diteruskan sebanyak RM250 hingga RM300 sebulan kepada nelayan yang berkelayakan selain pemberian skim subsidi diesel dan petrol.

“Walaupun isu peruntukan dan bantuan kepada nelayan ini tidak disentuh dalam pembentangan Belanjawan 2019 negeri semalam, kita masih prihatin dan ingin tahu berapakah jumlah yang memadai untuk Kerajaan Negeri peruntukan kepada golongan nelayan untuk bantu taraf hidup mereka.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan terus memohon kepada Kerajaan Persekutuan supaya bantuan kepada nelayan ini akan ditambah lagi menerusi pelbagai program,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Mohd Azam Abd Samat (PAS-Sungai Limau). – BERNAMA

Tags: KedahNelayan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd