Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Edisi Pertama Harry Potter...

LONDON - Peminat mampu memiliki edisi pertama ‘Harry Potter and the Philosopher's Stone’...

Mahathir, Anwar Tiada Asas...

KUALA LUMPUR - Kedua-dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH), baik Perdana Menteri, Tun...

Anggota Bomba Sukarela Selamat...

KUCHING - Seorang pekerja syarikat SESCo Berhad yang terjatuh ke dalam sungai di...

Individu Muslim Sertai IS...

PUTRAJAYA - Individu Muslim yang menyertai kumpulan militan IS dianggap terkeluar daripada ajaran...

Remaja Lelaki Terlibat Kegiatan Curi Bateri Lori

BUKIT MERTAJAM – Seorang remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan curi bateri lori di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT) berjaya ditangkap ketika cuba curi bateri sebuah lori di Taman Permai, di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah SPT, ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata dalam kejadian pukul 2.43 pagi itu, pemilik lori berkenaan menyedari sistem penggera kenderaannya telah berbunyi di telefon bimbit lelaki tersebut sebelum dia bergegas memandu keretanya ke lori yang terletak kira-kira 150 meter dari rumahnya.

“Sebaik tiba di tempat parkir lorinya, lelaki itu melihat seorang lelaki berada bersebelahan kenderaannya dan sedang cuba curi bateri lori tersebut, namun sebaik menyedari kehadiran mangsa, suspek terus menunggang motosikalnya dan melarikan diri.

“Mangsa bertindak mengejar lelaki itu sehingga sampai ke jalan mati dan berjaya menahan suspek berkenaan sebelum menghubungi polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan awal polis menemui satu set peralatan spanar yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri bateri lori bersama remaja lelaki berusia 14 tahun berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata siasatan awal mendapati motosikal yang digunakan remaja sudah tidak bersekolah dan bekerja itu dilaporkan hilang dan dipercayai dicuri suspek dan remaja yang positif dadah itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.​​​​​​​


Sementara itu, beliau berkata polis menahan dua lelaki berusia 20 dan 23 tahun geng curi motosikal dalam serbuan berasingan di Bukit Mertajam dan Titi Sedim, Kedah semalam.

“Ekoran penahanan mereka polis merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 dan beberapa rangka serta pelbagai komponen kenderaan itu dipercayai dicuri sebelum ia dileraikan,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata dua lelaki itu dipercayai terlibat dalam kegiatan curi motosikal di sekitar SPT dan Kulim, Kedah sejak beberapa bulan lepas dan mereka kini direman empat hari untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori