• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

QDF Sedia Kerjasama Malaysia Bantu Rohingya

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DOHA – Dana Pembangunan Qatar (QDF) sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memantapkan lagi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh, yang kini memberi bantuan perubatan kepada pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perkara itu dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Ketua Pengarah QDF, Khalifa Jassim Al Kuwari pada hari kedua lawatan rasminya ke Qatar.

Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.

“Wakil Majlis Keselamatan Negara (MKN), selaku agensi penyelaras, dan juga wakil daripada QDF telah bersetuju untuk bertemu dan mengambil tindakan-tindakan susulan segera bagi memuktamadkan pelan strategik dan cadangan program-program berkaitan yang bakal dilaksanakan di bawah sumbangan pihak Qatar itu,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, membuat kunjungan hormat ke atas Pengasas Bersama dan Pengerusi Yayasan Qatar Bagi Pendidikan, Sains dan Pembangunan Komuniti, Sheikha Moza.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif yayasan itu ,Sheikha Hind bint Hamad Al Thani.

Dr Wan Azizah berkata dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak bersepakat untuk menjalinkan kerjasama erat dan memperluaskan lagi skop hubungan serta kerjasama dua hala antara Malaysia dan Qatar.

Beliau berkata antara bidang yang menjadi fokus utama perbincangan ialah pendidikan, penyelidikan, kesihatan, kanak-kanak dan pembangunan sosial.

“Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu dan penderitaan yang dialami etnik Rohingya dan saya merakamkan penghargaan kepada Sheikha Moza di atas kesudian Qatar untuk memberikan bantuan kepada Malaysia dalam membantu menguruskan pelarian Rohingya di negara kita,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata Sheikha Hind juga telah menjemput Malaysia untuk menghantar lebih ramai pelajar Malaysia ke Qatar dan dalam hal itu, kerajaan Malaysia akan mengambil langkah untuk memenuhi permintaan itu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah menghadiri majlis jamuan tengah hari yang dihoskan secara bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kewangan Qatar, Ketua Eksekutif Barwa Bank dan Ketua Pegawai Eksekutif Qlnvest.

“Perbincangan semasa jamuan itu berkisar kepada peluang kerjasama antara Malaysia dan Qatar dalam sektor perbankan dan kewangan Islam.

“Sejurus selepas itu, saya juga telah bertemu Ketua Jabatan Pelaburan dan Ketua Dana Pelaburan Serantau Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar, Faisal Thani Al Thani dan perbincangan kami tertumpu kepada usaha untuk merancakkan lagi pelaburan Qatar ke Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Pelarian Rohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantu Rohingya Atas Dasar Kemanusiaan, Tapi Jangan Kehidupan Kita Terganggu – Dr Azman

Bantu Rohingya Atas Dasar Kemanusiaan, Tapi Jangan Kehidupan Kita Terganggu – Dr Azman

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berpandangan isu pelarian Rohingya yang mencetuskan rasa tidak selesa...

Polis Sedia Bantu JIM Kesan 60 Pelarian Rohingya

31/05/2022
0

Kuala Lumpur : Polis Kuala Lumpur bersedia membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan baki 60 pelarian etnik warga Rohingya yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd