• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PTPTN: PH Buat U-Turn Potong Gaji Lebih RM2,000

oleh
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju menetapkan pemotongan gaji berjadual bagi peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mereka yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan berbanding RM1,000 berdasarkan Belanjawan 2019 sebelum ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata selain itu, kerajaan turut ​​​​​memutuskan ​​​​​​pengecualian bayaran balik PTPTN bagi peminjam yang mendapat keputusan kelas pertama turut diperluas kepada golongan isi rumah golongan pertengahan (M40), berbanding isi rumah berpendapatan rendah (B40) sebelum ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 November 2018 telah memutuskan supaya potongan gaji kepada peminjam PTPTN sebanyak dua peratus atau RM40 sebaik sahaja gaji mereka mencecah RM2,000 dan potongan ini meningkat secara progresif sehingga 15 peratus mengikut jumlah gaji bulanan peminjam.

“Mesyuarat Jemaah Menteri turut memutuskan untuk memberi pengecualian bayaran balik PTPTN bukan sahaja kepada golongan B40​​​​​​​ tetapi juga dipanjangkan kepada golongan M40.

“Pengecualian ini diberikan bukan sahaja kepada pelajar golongan M40 dari Universiti Awam (UA) tetapi juga kepada Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS),” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Teo menjawab soalan tambahan yang diaju oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai ​​​​​​​pengecualian bayaran balik PTPTN bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.

Pada pembentangan Belanjawan 2019 lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan pelaksanaan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus daripada pendapatan bulanan peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan selain pengecualian bayaran bagi golongan B40 sekiranya ​​​​​​​graduan memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama.

Teo berkata sehingga Okt 2018, seramai 53,113 pelajar telah mendapat pengecualian pembayaran PTPTN kerana memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama dengan 37,355 daripadanya merupakan​​​​​​​pelajar UA manakala 15,758 daripada IPTS.

Katanya jumlah kutipan bayaran balik PTPTN yang telah diterima bermula Jun sehingga September tahun ini adalah sebanyak RM817.75 juta.

Menjawab soalan asal Wong mengenai lanjutan pengecualian bayaran PTPTN bagi pelajar separuh masa yang memperoleh keputusan cemerlang, beliau menyatakan pihak PTPTN tidak berhasrat untuk memberikan pengecualian tersebut.

Teo turut menyatakan bahawa pelaksanaan pembayaran semula PTPTN bagi peminjam bergaji melebihi RM4,000 hanya akan dipertimbang semula apabila kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan kukuh. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd