Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Syamsul Minta Maaf Pada...

KUALA LUMPUR : "Sekiranya agama Islam menetapkan perlu meminta kebenaran ibu adalah rukun...

Proton Wira ‘Terbang’, Tergantung...

GAMBAR sebuah kereta Proton Wira yang 'terbang' lalu tersangkut pada tiang rumah dalam...

Gangguan Sistem KLIA, 8...

SEPANG - Polis telah mengambil keterangan lapan individu berhubung siasatan kes gangguan rangkaian...

Dasar, Komitmen Kerajaan Dalam...

KUALA LUMPUR - Dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus...

Provokasi Ganabatirau Boleh Cetus Tegang Kaum

KUALA LUMPUR – Pihak polis diminta untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau yang menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Sri Mariamman sehingga mencetuskan rusuhan, awal pagi ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan Ganabatirau itu amat mendukacitakan dan seolah-olah cuba mengapi-apikan lagi sentimen perkauman berhubung kejadian tersebut.

“Pemuda UMNO mengutuk sekerasnya tindakan Ganabatirau yang menyalahkan orang Islam sehingga mencetuskan ketidakharmonian dalam rusuhan yang berlaku di kuil tersebut.

“Bagaimana seorang pemimpin boleh mencetuskan provokasi sedemikian, apa akan jadi kalau orang Melayu bertindak dengan tidak wajar dan mengambil kata-kata itu di luar batasan, tentu boleh mencetuskan ketegangan kaum walhal kejadian tersebut tiada kaitan dengan kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusilan mesyuarat bulanan Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini hari ini.

Tambah Asraf Wajdi, Pemuda UMNO turut akan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ganabatirau tersebut selain menggesa supaya pihak berkuasa untuk turut menyiasat dakwaan bahawa pihak pemaju di tapak kuil tersebut yang menggunakan kumpulan samseng sehingga tercetusnya rusuhan tersebut. – UTUSAN ONLINE

KENYATAAN PENUH
PEMUDA UMNO MENGUTUK KEKECOHAN DI KUIL SRI MAHA MARIAMMAN

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini membuat ketetapan dalam Mesyuarat Exco Bulanan untuk mengutuk keras kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di Selangor awal pagi ini.


2. Sebagaimana yang dilaporkan, kejadian di Kuil tersebut tiada kaitan dengan rusuhan kaum tetapi lebih kepada pertikaian antara penganut Hindu di kalangan penduduk setempat dengan pihak Pemaju tanah yang didakwa menggunakan samseng-samseng untuk meruntuhkan kuil tersebut.

3. Pemuda UMNO mendesak pihak Kerajaan Selangor agar mengambil tanggungjawab terhadap isu tanah yang dipertikaikan. Seharusnya Kerajaan harus proaktif untuk menjadi orang tengah menyelesaikan perselisihan ini yang dikatakan sudah berlarutan sekian lama.

4. Pemuda UMNO juga meminta pihak Polis untuk menyiasat dakwaan penggunaan samseng-samseng dikalangan orang Melayu oleh pihak Pemaju dan wajar mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang mencetuskan provokasi dan ketegangan hingga meletusnya rusuhan dan kekecohan.

5. Kenyataan Exco DAP, V Ganabatirau yang memuat naik dalam facebook beliau menuduh umat Islam serang kuil juga adalah tidak bertanggungjawab dan boleh menjadi punca perbalahan kaum. Pemuda mendesak agar Pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya kepada beliau yang sengaja mahu menyemarakkan api permusuhan kaum di negara ini.

6. Pemuda UMNO juga berharap masyarakat menghentikan sebarang bentuk spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan keharmonian agama dan kaum yang menjadi asas kekuatan negara selama ini.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
26 November 2018

Kategori