Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Terpulang Kepada Mereka Yang...

GUAR CHEMPEDAK - "Biar mereka yang terlibat dengan bai'ah yang membuat ulasan mengenainya",...

Kastam Gali Semula Kepak...

SIBU - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sarawak mengambil tindakan menggali semula kepak ayam...

Bunkface Bakal Kolaborasi Bersama...

SIAPA sangka, kumpulan Bunkface yang terkenal dengan muzik irama pop indie, bakal berduet...

Zamrud Terbesar Di Dunia...

WOW! Sebutir batu zamrud gergasi bernilai kira-kira AS$318 juta (RM1.3 bilion) ditemui di...

Proses Bicara “El Chapo” Bermula, NY Dikawal Ketat

RAJA dadah Mexico, Joaquin “El Chapo” Guzman Loera yang menjadi legenda hingga dijadikan subjek filem dan televisyen akhirnya dikatakan hanya satu mitos.

Pasukan peguam bela Guzman yang berusia 61 tahun itu cuba mempertahankan anak guam mereka itu dengan mengatakan Guzman sebenarnya dipergunakan.

Pendakwa di Amerika Syarikat (AS) pula akan mengemukakan bukti-bukti dalam bentuk rakaman suara hingga keterangan saksi yang termasuk rakan Guzman.

Raja dadah yang menjadi semakin terkenal hingga mencetuskan mitos selepas dua kali melarikan diri dari penjara itu didakwa terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa dan pembunuhan.

Sebagai ketua kartel Sinaloa, dia dikatakan telah membina kekayaan mencapai AS$14 bilion, dan menggajikan ribuan orang di pelbagai peringkat pekerjaan untuk menggerakkan empayar dadahnya.

Guzman turut didakwa merasuah ahli politik sehingga membolehkan aktiviti dadahnya dilindungi malah dapat menghalakan tindakan kerajaan terhadap kartel lain.

Proses perbicaraannya sedang bermula, selepas hampir dua tahun diekstradisi ke AS, hasil kerjasama bertahun antara kerajaan AS dengan Mexico.


Perbicaraannya menjadi satu peristiwa yang menarik perhatian di New York, apabila pelbagai langkah keselamatan diambil termasuk menutup Jambatan Brooklyn untuk beri laluan kepada kenderaan dan pengiring keselamatan bawa Guzman dari penjara ke mahkamah.

Pelbagai langkah keselamatan diambil termasuk kawalan ketat oleh marshal persekutuan, anjing pengesan, mesin sinar-x dan pengesan logam yang mesti dilalui oleh semua yang keluar masuk mahkamah sepanjang perbicaraan.

Perbicaraan yang menjadi perhatian dunia dan peminat topik perdagangan dadah ini dijangka berlangsung hingga empat bulan.

Walaupun seorang penjenayah, Guzman tetap mempunyai peminat yang akan memerhatikan perbicaraan ini, malah menunjukkan sokongan.

Guzman menjadi penjenayah terkenal yang paling menggemparkan pada masa ini, dibantu oleh Hollywood yang menambahkan glamor pada imejnya ekoran siri-siri televisyen yang dihasilkan. – Mynewshub.tv

Kategori