• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Produk Tani Catat Jualan RM169 Juta Di Luar Negara

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Produk pertanian negara mencatatkan potensi jualan berjumlah RM169 juta hasil penyertaan dalam program promosi di luar negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub.

Beliau berkata kementeriannya telah terlibat dalam 30 ekspo perdagangan antarabangsa dan program promosi in-store sehingga September lalu.

“Ini membuktikan terdapat permintaan yang signifikan terhadap produk-produk pertanian Malaysia terutamanya di China, Eropah, Timur Tengah, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) mengenai potensi eskport produk pertanian ke luar negara terutamanya China.

Katanya, Singapura, Indonesia, China, Thailand dan Vietnam merupakan pasaran utama produk pertanian Malaysia dengan nilai eksport mencecah RM14.5 bilion atau 45.7 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport makanan Malaysia bagi tahun 2017

Di China, Salahuddin berkata antara produk pertanian Malaysia paling mendapat tempat ialah durian dengan Malaysia berjaya mengeksport durian dalam bentuk isi buah dan paste berjumlah RM7.4 juta bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata kementerian itu kini sedang dalam proses memberikan penerangan berhubung prosedur operasi standard (SOP) kepada pemain-pemain industri bagi membolehkan buah durian negara memasuki pasaran China tanpa halangan.

Menjawab soalan tambahan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) mengenai kemungkinan berlakunya pengeksportan durian secara haram ke China, Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kementerian lain bagi membendung perkara itu.

“Jika berlaku eksport haram menggunakan laluan tidak sepatutnya, kami akan sentiasa mengadakan perbincangan dengan kementerian lain umpamanya kalau bersangkutan dengan pelabuhan, dengan pihak Kementerian Pengangkutan selain Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri supaya kegiatan mengeksport secara haram dapat dikawal dengan serius,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeriannya juga sedang melihat potensi eksport buah nangka, ikan hiasan dan makanan ikan ke luar negara.- BERNAMA

Tags: luar negaraPertanian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kotak Hitam Dipercayai Milik Lion Air Ditemui

Next Post

Perparitan Tidak Diselenggara Punca Bahau Banjir

Related Posts

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

BN Janjikan Kerakyatan Untuk Anak Lahir Di Luar Negara

07/11/2022
0

PRU15 | Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berjanji gabungan itu bersedia meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang dilahirkan...

Anak Lahir Di Luar Negara Tak Layak Dapat Kerakyatan Malaysia

Anak Lahir Di Luar Negara Tak Layak Dapat Kerakyatan Malaysia

05/08/2022
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini memutuskan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu...

Next Post

Perparitan Tidak Diselenggara Punca Bahau Banjir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd