• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPZ-MAIWP Sasar Kutipan Zakat RM25 Juta Tahun 2018

oleh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan pungutan zakat RM25 juta tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shukri Yusoff.

Bagi tempoh Januari hingga Oktober, sebanyak RM13.1 juta dikutip dengan pembayar zakat seramai 16,497 orang berbanding RM21 juta tahun lepas.

“Dalam tempoh kurang dari dua bulan ini (tahun 2018), kami yakin dapat mencapai sasaran terutamanya dengan menaik taraf perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 ini.

“Kemudahan ini dapat memberi ruang kepada pembayar zakat yang baharu atau lama untuk berurusan dengan mudah seiring dengan perubahan teknologi masa kini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Zakat2u versi 4.0 di Wisma PPZ di sini, hari ini.

Ahmad Shukri berkata antara kelebihan versi berkenaan adalah kemudahan pengiraan kalkulator secara automatik yang ringkas, pembayaran melebihi daripada satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan troli zakat dan penggunaan resit rasmi secara dalam talian.

Selain itu, ada bacaan doa untuk pembayar zakat atau muzakki, integrasi pembayaran zakat menggunakan peti perbualan (chatbox) Facebook Messenger dan video tutorial panduan pengiraan zakat.

“Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi talian dengan mudah dan cepat, PPZ-MAIWP yakin ada penambahan 25 peratus pembayar zakat tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Zakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd