• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah
0
Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah sindiket penyelewengan dana bantuan peruntukan wang zakat sebanyak RM120,000 bagi 28 pemohon yang tidak layak.

Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Oktober ini terhadap suspek dikeluarkan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal juga mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM2,500 dan melakukan perbuatan itu pada Mac lalu.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank syarikat miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: rasuahSPRMZakat
Share202Tweet126SendShare

Related Posts

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

Pelaku Rasuah Tempatnya Dalam Penjara – PMX Anwar

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan berkompromi dengan perbuatan rasuah selagi menjadi...

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd