• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“PPBM Khianat Terima Bekas Ahli UMNO”

oleh Haris
27/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI PKR Johor, Hassan Karim menyelar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana menerima bekas ahli UMNO, dua orang wakil rakyat menyertai parti mereka.

Sebagai parti komponen Pakatan Harapan (PH), PKR melihat tindakan menerima bekas ahli UMNO sebagai satu pengkhianatan kerana UMNO baru sahaja ditolak rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Kata PKR Johor, penerimaan itu satu pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang diberikan dalam PRU14 lalu.

Dua orang ahli Dewan Undangan Negeri itu menang dalam pilihan raya lalu dengan tiket UMNO dan kemudian keluar menjadi ahli bebas.

Bagaimanapun, dua ahli politik itu tetap bekas ahli UMNO walaupun tidak melompat terus tetapi melalui transisi sebagai ahli Bebas.

Di sinilah masalah besar yang perlu dihadapi PH dalam mengekalkan kuasa masing-masing, sama ada PKR atau PPBM, malah PAN juga.

Lompatan ahli UMNO akan menambahkan kerusi mereka di DUN dan Parlimen, dan akan mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pemerintah.

Isu moral menjadi isu di tempat kedua atau tidak diambil kira langsung, kerana isu kuasa lebih penting.

Pentingnya kuasa ini menentukan sama ada parti mereka kekal memerintah dan menjadi parti dominan dalam PH.

Sekiranya mereka menitik beratkan isu moral, maka mereka terpaksa melupakan kekuasaan dan dominasi mereka dalam PH.

Walaupun satu pakatan, PH masih tidak stabil kerana perebutan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tokoh besar yang juga bekas ahli UMNO.

Pada masa yang sama, sesama parti dalam PH juga berlumba sesama sendiri dan saling mencurigai.

Parti PAN pula terus lemah dan mengharapkan ihsan Mahathir, pada masa yang sama terpaksa hidup dengan persepsi mengikut telunjuk DAP seperti lembu yang dicucuk hidung.

Maka PPBM yang kerusinya jauh lebih sedikit berbanding PKR tetapi memegang kerusi Perdana Menteri perlu memikirkan nasib partinya dalam PH.

PPBM sedar PKR mahu kekal dominan dan tidak mahu PPBM yang datang lewat dan lebih kuat imej bekas UMNO mengatasi parti reformasi itu.

Kemasukan di Johor itu bukan yang terakhir dan PPBM memang mahu terus menarik ahli DUN dan Parlimen UMNO untuk menguatkan kedudukannya.

Kedua-dua PKR dan PPBM akan terus berlumba untuk memastikan kedudukan mereka yang dominan dalam PH demi survival mereka. – Mynewshub.tv

Tags: Hassan KarimPKRPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat –  Adam Adli

Penurunan Had BUDI95 Sementara, Langkah Awal Lindungi Rakyat – Adam Adli

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan menurunkan had penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter disifatkan sebagai langkah sementara yang...

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

Ini Parti Derita, Tidak Mungkin Ini Terjadi – Sindir Akmal

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - "Ini parti derita, tidak mungkin ini terjadi sahabat-sahabat," kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd