• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potongan Gaji Berjadual Galak Bayar Balik PTPTN

oleh Cj Mnh
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima langkah akan diperkenalkan kerajaan bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka mulai tahun depan, termasuk memberi potongan pinjaman kepada pelajar daripada isi rumah B40 yang mendapat keputusan kelas pertama.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semasa membentangkan Belanjawan 2019 bertemakan “Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera” di Dewan Rakyat hari ini, berkata langkah lain ialah memperkenal pembayaran balik secara potongan berjadual antara dua dan 15 peratus daripada pendapatan bulanan pinjaman.

Beliau berkata langkah tersebut hanya terpakai kepada peminjam berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Selain itu, katanya pelepasan cukai kepada syarikat yang membantu menyelesaikan baki pinjaman pekerja bagi tahun berakhir 2019 manakala pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) juga akan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 mulai tahun depan.

Katanya baki hutang peminjam berusia 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan juga akan dihapus kira, yang memanfaatkan 350 peminjam dengan melibatkan kos RM4.2 juta. – BERNAMA

Tags: bayaran balikPTPTN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd