• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Serang Rakan Akibat Masalah Hutang

oleh Ahmad Albab
24/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Serai, Padang Serai, Kulim, malam tadi selepas disyaki menyerang dan memukul kenalannya dengan tukul dan parang akibat masalah hutang.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata suspek yang berumur 26 tahun bersama seorang lagi rakannya telah menyerang lelaki berumur 30 tahun pada 14 November lalu di Batu 8 akibat tidak berpuas hati dengan mangsa yang belum menjelaskan hutangnya.

“Dalam kejadian itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menunggang motosikal sebelum ditahan kedua-dua suspek yang menaiki motosikal Demak Evo sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Sebaik mangsa jatuh, suspek telah menyerang dan mengetuk kepalanya dengan tukul dan parang menyebabkan dia mengalami kecederaan. Mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Lunas untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Nasir berkata pihaknya berjaya menahan salah seorang suspek malam tadi dan siasatan awal, suspek yang mempunyai lapan rekod jenayah membabitkan kes dadah mengaku terbabit dalam kejadian itu.

“Kita sedang mengesan seorang lagi suspek dan perintah reman akan dipohon hari ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: kes pukulpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd