• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kelantan Lebih Kawalan Sempadan Musim Tengkujuh

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand terutama di Tumpat dan Rantau Panjang di Pasir Mas bagi mengelak penyeludup mengambil kesempatan di musim tengkujuh untuk menceroboh sempadan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata beliau telah mengarahkan Pasukan Polis Marin (PPM) untuk bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang lain untuk memberi lebih perhatian terhadap perkara berkenaan.

“Kita percaya penyeludup akan mengambil kesempatan kerana hujan berterusan boleh menyebabkan kawasan sungai yang menjadi sempadan antara kedua-dua negara menjadi lebih lebar selain turut mengakibatkan banjir.

“Perkara itu akan memudahkan pergerakan perahu atau bot untuk merapati kawasan yang sebelum ini tidak boleh dilalui dengan pengangkutan air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata beliau telah membekukan cuti semua anggotanya agar tugasan dapat diselaraskan dengan lebih jitu terutama jika banjir mula berlaku.

“Selain pemantauan terhadap aktiviti penyelupan, anggota polis juga akan dikerahkan untuk menyertai operasi menyelamat mangsa banjir. Kita akan meminta bantuan daripada Bukit Aman jika keanggotaan tidak mencukupi untuk menjalankan kedua-dua operasi berkenaan,” katanya.

Sementara itu Hasanuddin turut meminta penduduk di kawasan mudah dinaiki air untuk berpindah dengan segera jika arahan itu dikeluarkan oleh agensi penyelamat.

Beliau berkata jika penduduk lambat berpindah dan hanya meminta bantuan pada waktu malam, ia akan menyukarkan operasi menyelamat kerana keadaan gelap akan meningkatkan risiko kepada operasi pasukan keselamatan.

“Kita tidak mahu arahan yang dikeluarkan dipandang ringan kerana apa-apa sahaja boleh berlaku pada saat itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: musim tengkujuhpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd