• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Rampas Lebih 60 Kg Dadah Bernilai RM3.1 Juta

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih 60 kilogram bernilai RM3.1 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, dua hari lepas dan semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun turut ditahan dalam serbuan yang dijalankan bermula 3.30 petang Selasa lalu hingga 6.30 petang semalam.

Beliau berkata serbuan dijalankan bersama Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Daerah Seri Alam.

“Dalam serbuan pertama di Taman Desa Cemerlang pada Selasa lepas, polis berjaya menemui 58.79 kilogram dadah jenis ketamin di dalam sebuah kereta Toyota Camry.

“Dalam serbuan kedua semalam di Jalan Permatang 8, Desa Jaya pula, polis merampas 5.44 kilogram heroin dan 2.34 kilogram syabu yang semuanya disimpan di dalam kereta Perodua Kembara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Kamarudin berkata kesemua dadah yang dirampas itu dipercayai mampu menampung kira-kira 20,000 penagih.

“Kita turut menyita Toyota Camry dan Perodua Kembara itu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan serta pasaran semua bekalan dadah berkenaan,” katanya.

Lelaki itu kini direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 6 Nov ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

Tags: dadahPolis Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd