• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Alu-Alukan Sesiapa Sahaja Sertai Parti Itu

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PKR mengalu-alukan sesiapa sahaja, termasuk anggota UMNO, yang yakin dengan dasar parti itu untuk menyertainya, kata Ketua Pemuda PKR yang bakal berundur, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Anggota Parlimen Setiawangsa itu menegaskan terdapat peningkatan dalam jumlah anggota PKR selepas pilihan raya umum 9 Mei. Bagaimanapun, beliau tidak pasti jumlah anggota UMNO, terutama daripada sayap Pemuda, yang menyertai PKR.

“Anda boleh datang daripada (kumpulan) Pemuda yang berlainan tetapi jika anda benar-benar yakin dengan prinsip keadilan, kami tidak ambil kisah tentang apa juga sejarah anda,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Sayap Pemuda PKR Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Ditanya sama ada wujud keadaan berpuak-puak dalam parti, Nik Nazmi berkata hubungan dalam parti tetap teguh, sungguhpun kalangan anggota mempunyai perbezaan pendapat.

“Kami tidak menutup sebarang ruang bagi menyuarakan pendapat atau perselisihan, itulah yang membezakan kami daripada UMNO, yang ada antaranya ‘yes boss yes madam’…,” katanya.

Kongres itu berlangsung mulai hari ini sehingga Ahad yang akan dihadiri sejumlah 2,735 orang anggota perwakilan, dengan kongres sayap Pemuda dan Wanita memulakan acara tahunan itu.

Ini adalah kongres pertama PKR sejak pembentukan kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei lepas. – BERNAMA

Tags: Nik Nazmi Nik AhmadPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

PKR Ada Pencabar Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Umum Ambil Alih Parti Bersama Malaysia

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil alih Parti Bersama Malaysia (MU)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd