• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PERKESO Bayar Pampasan Mangsa Nahas Batu Pahat

oleh Cj Mnh
27/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATU PAHAT – Waris kepada mangsa kemalangan jalan raya yang berlaku pada Rabu minggu lepas, Allahyarham Muhamad Yahood, 48, menerima bayaran pampasan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Terdahulu, mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit Lintang-Parit Ya’ani, yang mana kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam parit, sebelum berjaya diselamatkan oleh seorang guru yang dikenali sebagai ‘Cikgu Kamarul’ yang tular di media sosial.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran, manakala tiga anaknya yang turut berada dalam kereta yang sama, terselamat.

Timbalan Pengurus PERKESO Cawangan Batu Pahat Mohd Saifuddin Mohd Nor berkata melalui siasatan yang dilakukan oleh pihaknya menerusi Skuad PERKESO Prihatin, waris mangsa layak untuk menerima dua jenis pampasan iaitu Faedah Pengurusan Mayat (FPM) dan Faedah Orang Tanggungan (FOT).

“Waris mangsa layak menerima pampasan ini kerana ketika kemalangan mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kedai makan, di Jalan Yong Peng,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di Kampung Sri Bengkal, hari ini.

Menurut Mohd Saifuddin lagi, bayaran FPM berkenaan sebanyak RM2,000 itu telah disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Ya’ani Aminolhuda Hassan manakala bayaran untuk FOT akan dibuat pada 1 Disember nanti.

Katanya, untuk bayaran FOT ini akan dibayar seumur hidup kepada isteri mangsa, Shazira Ismail, 33 manakala untuk anak, bayaran akan dilakukan sehingga umur anaknya mencapai 21 tahun atau berkahwin atau melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama.

“Bagi orang ramai yang mempunyai persoalan berkaitan sebarang tuntutan berkaitan dengan PERKESO ini, mereka boleh berhubung dengan kami, di mana kami mempunyai Skuad PERKESO Prihatin yang ditubuhkan pada September 2015 untuk menguruskannya,” katanya. – BERNAMA

Tags: pampasanPerkeso
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

Pemilik Flat, Rumah Teres Kampung Sungai Baru Terima Pampasan Antara RM884,000 Hingga RM8.1 Juta

12/09/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak RM62.57 juta bayaran pampasan setakat ini sudah diberikan kepada pemilik dan pihak berkepentingan dalam projek pembangunan semula Kampung...

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

RUU Pekerja Gig 2025: Cuepacs Desak Perlindungan Sosial Pekerja

25/08/2025
0

SHAH ALAM - Perluasan perlindungan sosial seperti akses kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd