Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Nahas Bas Ragut 8...

JURU - Sekurang-kurangnya lapan pekerja kilang maut selepas dua bas dan sebuah van...

Anggota Bukit Aman Maut...

CHANGLUN - Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor, maut ditembak di sebuah rumah...

PAS Teruskan Tahaluf Siyasi...

KUALA SELANGOR - PAS akan terus melaksanakan tahaluf siyasi atau kerjasama politik bersama...

Pengguna Perlu Waspada Dengan...

NEW YORK - Lebih dua tahun lalu, aplikasi FaceApp yang membolehkan pengguna mengedit...

Penjual Sayur Rasuah Timbalan Komander Didakwa

KUANTAN – Seorang penjual sayur dari Cameron Highlands dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memberi suapan kepada timbalan komander ‘Op Gading’ tiga tahun lalu.

Teong Tong Lai, 33 dari Kampung Raja, Cameron Highlands mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Dia dituduh memberi suapan RM10,000 kepada Sanifah Yusof yang juga Timbalan Pengarah Operasi Majlis Keselamatan Negara pada 9.30 malam, 13 Mei 2015 di sebuah hotel di Cameron Highlands sebagai dorongan agar tindakan tidak diambil terhadap ladang sayur haram miliknya di Hutan Simpan Terla (A), Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama iaitu dipenjarakan sehingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi, jika diisabitkan.

Teong ditahan pada 30 Jun 2015.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Hamizey Mat Taib diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 Dis ini untuk sebutan semula kes.


Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Sarah Zainal Abidin. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori