• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penantian 5 Tahun Kg. Kabai, Kemboja Miliki Masjid

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kira-kira 200 keluarga penduduk Islam di Kampung Kabai, Kemboja melahirkan kesyukuran dan rasa gembira apabila impian untuk memiliki masjid sendiri tercapai.

Mempunyai keunikan seni bina yang tersendiri, Masjid Al Monsoriah boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah lelaki dan 200 jemaah wanita dalam satu masa dengan kos pembinaan kira-kira RM418,325 hasil sumbangan ​​seorang dermawan dari Malaysia.

Pengerusi dan Ketua badan bukan kerajaan (NGO) Antarabangsa Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican dalam kenyataan hari ini berkata pembinaan masjid di atas tanah seluas 1.3 hektar itu bermula pada Januari lalu dan siap sepenuhnya hujung bulan lepas, lebih awal daripada jangkaan.

“Masjid ini mempunyai keunikan tersendiri kerana kos pembinaannya agak murah dan warnanya diilhamkan oleh Masjid Sultan Muhamad ke-5 di Labuan, Sabah.

“Ruang solat wanita di bahagian atas mempunyai kemudahan tangga khas selain kemudahan padang bola sepak bersebelahan masjid dan kedai menjual makanan dan minuman yang dapat menjana pendapatan penduduk untuk menjalankan aktiviti masjid,” katanya.

Masjid berkenaan secara rasminya diserahkan oleh Mustapha kepada Ketua Kampung Kabai, Ayub, ketika mengadakan lawatan dan meninjau keadaan masjid yang baru siap dibina itu.

Mustapha berkata beliau berharap penduduk kampung itu dapat menghidupkan masjid dengan pelbagai aktiviti keagamaan, menjaga kesucian masjid dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam serta bukan Islam selain menjadi kampung contoh. – BERNAMA

Tags: masjidpenantian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

Nga Kor Ming Salur RM72,000 Kepada 24 Buah Masjid, Tradisi DAP Eratkan Silaturahim

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming memaklumkan beliau meneruskan tradisi murni DAP dengan menyalurkan...

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd