• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tambah 50 Taska Mampu Tingkat Pekerja Wanita

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penambahan sebanyak 50 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bangunan kerajaan mampu meningkatkan jumlah serta produktiviti wanita dalam pasaran kerja sehingga 30 peratus, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda.

Beliau berkata langkah itu bertepatan dengan usaha kerajaan menyediakan fasiliti bagi ibu bekerja yang gusar untuk meninggalkan anak mereka dalam jagaan pengasuh dan khuatir dengan risiko keselamatan anak mereka.

“Peruntukan RM10 juta bagi menambah 50 taska yang diumumkan pada Belanjawan 2019 itu adalah usaha terbaik untuk membantu mereka (wanita bekerjaya) lebih dekat dengan anak serta berupaya memantau anak-anak mereka secara lebih kerap.

“Ini penting kerana kita tidak mahu prestasi golongan wanita yang berpotensi dalam pasaran kerja ini terjejas kerana bimbangkan keselamatan anak-anak mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang menyediakan peruntukan RM10 juta untuk menambah 50 Taska bagi meringankan bebanan ibu bekerja, di samping terus menggalakkan dan memberi insentif kepada sektor swasta untuk tujuan sama.

Kadar semasa penyertaan wanita dalam tenaga kerja hanya berada pada paras 53.5 peratus bagi 2017 berbanding 77.7 peratus bagi lelaki. Daripada jumlah yang tidak bekerja, 60 peratus atau 2.6 juta wanita memaklumkan bahawa bebanan kerja di rumah adalah sebab utama mereka tidak menyertai pasaran kerja.

Sementara itu, Presiden Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Prof Emerita Tan Sri Dr Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin berkata ia merupakan bantuan terbaik kepada pekerja wanita dalam sektor awam.

“Selain taska, kerajaan perlu juga melihat gaji minimum yang sekarang membantutkan pengoperasian taska swasta terutama bagi golongan berpendapatan rendah.

“Insentif juga perlu diberikan kepada usaha baharu dan inovatif seperti ‘childminder on demand’ yang menerokai model perniagaan baharu yang menggunakan teknologi canggih,” katanya.

Bagi Presiden Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (Wadi) Sukmamurni Abdul Manaf berkata pihaknya turut menyambut baik hasrat kerajaan yang secara komprehensif meningkatkan penglibatan wanita dalam pasaran kerja.

“Bagaimanapun, kita harap, ia bukan setakat menambah taska tetapi perlu seiring dengan penawaran perkhidmatan yang terbaik serta yuran berpatutan terutama bagi taska di bangunan kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pekerjaantaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd