• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Sedia Ganti Pemimpin Keluar Parti

oleh Ahmad Albab
03/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Pemuda UMNO bersedia menggantikan tempat pemimpin parti itu yang keluar parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemimpin yang bertindak keluar parti seakan tiada jati diri kerana tidak mahu bersusah demi UMNO.

“Sebab itu kalau ada lagi pemimpin mahu keluar parti kita biarkan saja kerana Pemuda bersedia untuk menggantikan tempat mereka.

“Pada PRU-15 nanti, kita akan mencadangkan 40 peratus calon adalah Pemuda, dalam memastikan perjuangan UMNO diteruskan,” katanya pada majlis santai bersama Pemuda UMNO Negeri Sembilan di sini, malam tadi. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir.

Mengulas lanjut, Dr Asyraf berkata, itu satu cabaran kepada Pemuda untuk mula mempersiapkan diri dari sekarang supaya lebih bersedia menjadi pemimpin.

“Bagaimanapun ini tidak bermakna kita hanya memberi tumpuan untuk menjadi calon, sebaliknya lebih kepada untuk memperkasakan parti bagi mendapatkan semula kepercayaan rakyat,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis sama, Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu, meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

Mohd Zaidy berkata, desakan itu berikutan wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada penduduk setempat.

“Malah penduduk sendiri mengatakan beliau tidak lagi mampu menjalankan tugas seperti wakil rakyat lain.

“Jadi adalah lebih baik ADUN Pilah meletakkan jawatan dan membiarkan rakyat memilih semula wakil rakyat baru,” katanya.

Berdasarkan laporan terdahulu, Mohamad Nazaruddin didakwa sudah berjumpa Menteri Besar, Aminuddin Harun, bagi meletakkan jawatan adalah tidak benar dan ketika ini masih bertugas seperti biasa walaupun kurang sihat. – BH ONLINE

Tags: keluar partiPemuda UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

95 Peratus Pimpinan Bersatu Port Dickson Isytihar Keluar Parti, Papan Tanda Bersatu Diturunkan

95 Peratus Pimpinan Bersatu Port Dickson Isytihar Keluar Parti, Papan Tanda Bersatu Diturunkan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih 95 peratus pemimpin dan penggerak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Port Dickson, Negeri Sembilan telah menurunkan...

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

‘Sekali Pemuda UMNO, Selamanya Pemuda UMNO’ – Akmal Jumpa Anwar 

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub   KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd