KUCHING — Fasa kedua pemilihan di tujuh lagi cabang PKR Sarawak hari ini berjalan lancar setakat ini.
Anggota PKR dari cabang Santubong, Petra Jaya, Stampin, Mambong, Sri Aman, Sarikei dan Sibu melaksaankan tanggungjawab masing-masing mulai 9 pagi ini dengan tempat pemilihan dijangka tutup pada 4 petang.
Tinjauaan Bernama mendapati kira-kira 10 peratus daripada 1,408 anggota di cabang Puncak Borneo dekat sini telah mengundi sehingga 11 pagi manakala di cabang Stampin, kira-kira 10 peratus daripada 538 anggota yang layak telah mengundi setakat10 pagi ini.
Bagi cabang Petra Jaya pula proses pemilihan turut berjalan dengan lancar berbanding sedikit kekecohan yang berlaku semalam sehingga memaksa proses pengundian ditangguh ke hari ini.
Di cabang Petra Jaya kira-kira 15 peratus daripada 1,526 anggota cabang itu telah memilih wakil mereka di peringkat negeri dan pusat.
Semalam 22 daripada 29 cabang PKR Sarawak, iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Batang Sadong, Batang Lupar, Lubok Antu, Betong, Saratok, JUlau, Kanowit, Lanang, Mukah, Selangau, Kapit, Hulu Rajang, Bintulu, Miri, Sibuti , Baram, Limbang dan Lawas telah mengadakan pemilihan masing-masing. – BERNAMA

