Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kapal MT Jaoquim Kembali...

SEBUAH kapal tangki milik Singapura, MT Jaoquim yang dilaporkan hilang semalam di perairan...

Finland Bakal Tutup Ruang...

HELSINKI: Finland akan menutup ruang udara untuk laluan penerbangan pesawat Rusia di negara...

6,000 Polis Trafik Kawal...

GUA MUSANG - Khidmat 6,000 anggota polis trafik berjaya memastikan kelancaran aliran trafik...

Dua Suspek Charlie Hebdo...

WASHINGTON - Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan...

Pembantu Kedai Direman 7 Hari Kes Samun Bersenjata

KOTA BHARU – Seorang pembantu kedai lelaki direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini, bagi membantu siasatan kes samun bersenjata melibatkan kerugian kira-kira RM15,000 di sebuah premis, Ahad lepas.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Tuan Ruzuaini Tuan Lah terhadap susperk berusia 25 tahun tersebut bermula hari ini hingga Ahad.

Kes disiasat menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun menggunakan senjata.

Difahamkan, suspek ditahan di sebuah kedai di Bandar Baharu Tunjong di sini, kira-kira 9 pagi semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua wanita berusia 23 tahun kerugian kira-kira RM15,000 selepas disamun seorang lelaki bersenjatakan pistol di sebuah premis di Jalan Kuala Krai di sini dalam kejadian 2.05 petang Ahad lepas.
BERNAMA

Kategori