• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, January 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Kedai Mengaku Tinggalkan Bayi Baru Dilahirkan Di Kedai Makan

oleh Mohd Arshad
07/02/2025
dalam Jenayah, Terkini
0
Pembantu Kedai Mengaku Tinggalkan Bayi Baru Dilahirkan Di Kedai Makan
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR: Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan di sebuah kedai makan dekat Sanglang, bulan lalu.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Tertuduh, Nor Zainab Jamaludin, 30, dari Kampung Permatang Bongor, Simpang Empat, Kangar, hanya mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Abdul Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, Nor Zainab didakwa meninggalkan bayi perempuan yang baharu dilahirkannya di sebuah kedai makan di Kampung Rama, Sanglang sekitar jam 6.30 pagi pada 19 Januari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen yang sama.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom, manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Tengku Ruqayyah dalam permohonannya meminta mahkamah menetapkan jaminan kepada tertuduh sebanyak RM20,000 serta satu tarikh baru bagi menunggu laporan kimia dan laporan forensik.

Namun permohonan jaminan sebanyak itu dibantah oleh Siti Hajar yang melihat bahawa mahkamah dapat memberikan jaminan munasabah kepada anak guamnya disebabkan anak guamnya itu adalah rakyat Perlis dan bukanlah seorang yang berisiko melarikan diri.

Siti Hajar turut memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah berkahwin serta mempunyai empat tanggungan anak yang masih bersekolah selain hanya berpendapatan RM70 sehari.

Ana Rozana kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh sebelum menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pada 19 Januari lalu, seorang penjaga stor bersama isterinya menjumpai seorang bayi perempuan yang ditinggalkan dalam sebuah beg plastik atas meja kedai makan di hadapan rumah mereka.

Hasil pemeriksaan pakar perubatan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mengesahkan bayi perempuan berkenaan berada dalam keadaan cukup sifat dan sihat.

BHonline-

Tags: pembantu kedaitinggalkan bayi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembantu Kedai Dituduh Bunuh Teman Wanita

Pembantu Kedai Dituduh Bunuh Teman Wanita

30/06/2023
0

IPOH: Seorang pembantu kedai dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh teman wanitanya ketika bergaduh di...

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

Pembantu Kedai Didenda RM5,000 Miliki Gambar, Video Lucah

17/05/2023
0

TAIPING : Padah memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit, seorang pembantu kedai didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd