• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mansuh Peperiksaan Tahap 1 Boleh Bantu Murid

oleh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah pemansuhan peperiksaan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) adalah bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih membantu perkembangan murid.

Beliau berkata peperiksaan itu yang bakal diganti dengan pentaksiran yang lebih objektif bermula 2019 akan dilaksanakan dengan lebih komprehensif dan tidak membebankan guru serta murid.

“Apa pun, yang kami perkenalkan ini bukan sesuatu yang baharu, ia pernah dibawa sejak 2011 tetapi pada waktu itu, ia hilang roh pelaksanaannya.

“Jadi, kali ini kita ingin perkenalkan dalam bentuk yang lebih komprehensif dengan tidak membebankan guru dan murid-murid, sebaliknya mahu menjadikan pelajaran itu sebagai satu keseronokan (fun learning),” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Maszlee menerusi akaun Twitternya memuat naik kenyataan mengenai pemansuhan peperiksaan itu.

Maszlee berkata kementeriannya mahu para guru kembali kepada tugas asal mereka iaitu mendidik anak murid dan membantu perkembangan anak-anak bersama ibu bapa dalam usaha membentuk kemenjadian murid.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata langkah itu menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa, guru dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).

Namun katanya, pihak berkenaan mahukan maklumat lanjut berhubung perkara itu dan kementeriannya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat. – BERNAMA

Tags: Maszlee Malik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd