• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pantau Ucapan Berbaur Kebencian – PATRIOT

oleh Ahmad Albab
23/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ketua Polis Negara memantau ucapan atau pesanan tular berbaur kebencian daripada pihak yang ingin menimbulkan masalah.

Presidennya, Datuk Mohd Arshad Raji, berkata tindakan segera perlu diambil sebelum perkara berkenaan menjadi lebih serius.

Katanya, kelantangan ucapan berbaur hasutan, pesanan tular yang memprovokasi kebencian dan demonstrasi yang dirancang diadakan pada 8 Disember seperti dilaporkan media dilihat amat membimbangkan.

“PATRIOT melihat ada kemungkinan protes anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan digunakan untuk mencetuskan rusuhan dan huru-hara dalam negara.

“Insiden seperti protes anti ICERD walaupun Perdana Menteri sudah memaklumkan Malaysia tidak akan meratifikasi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serangan terhadap pemimpin dan ‘bangsa’ DAP, tuduhan Timbalan Menteri Pertahanan sebagai perisik DAP dan Menteri Kewangan menyalurkan dana pelajar Melayu kepada tokong Cina; perkara ini semua dilihat mempunyai hubung kait dan bukan insiden terpencil.

“Kebebasan bersuara ada batasnya, walaupun di era Malaysia Baharu. Ucapan dan mesej oleh pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuhkan, Gagasan 3 yang tular disasarkan untuk melakukan provokasi kebencian dan menghasut rusuhan kaum,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelas Arshad, pemimpin Gagasan 3 ini tidak pernah dilihat memperjuangkan isu kepentingan nasional dan tidak mampu mengutarakan isu berkaitan bangsa dan agama dengan cara yang bijak dan beradab.

“Mereka menunjukkan perangai samseng dan kelakuan seperti orang yang tidak bertamadun dengan berniat menimbulkan kekacauan dalam kalangan masyarakat.

“Pihak manakah yang mendapat faedah jika berlaku perselisihan faham di antara kaum, jawapannya jelas. Ada segelintir pemimpin daripada pentadbiran terdahulu menanti perbicaraan dan sedang disiasat.

“Mereka ini dalam keadaan terdesak, dan diumpamakan seperti mangsa lemas yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan diri, termasuk menghancurkan negara,” katanya. – BH ONLINE

Tags: PATRIOTPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd