• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Jangka 1,000 Perwakilan Hadiri Konvensyen Nasional Dis Ini

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan 1,000 perwakilan dari 156 kawasan yang sah berdaftar di seluruh negara menghadiri Konvensyen Nasional kali ketiga bermula 14 hingga 16 Dis.

Setiausaha Agungnya, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata konvensyen itu turut memilih Perak sebagai tuan rumah selepas Selangor pada tahun 2016 dan Kedah tahun lalu.

“Jawatankuasa Induk dan Pelaksana konvensyen turut menaruh keyakinan seramai 3,000 pemerhati akan hadir pada konvensyen sebagai tanda meraikan himpunan aktivis dan penggerak parti Amanah.

“Jawatankuasa itu juga menjemput rakan-rakan kepimpinan utama komponen PH iaitu PKR, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), DAP dan Warisan. Turut menerima jemputan ialah rakan-rakan luar negara antaranya Parti Persatuan Pembangunan (PPP), Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dan Partai Solidaritas Indonesia (PKI) dari Indonesia,” katanya dalam sidang media di sini hari.

Amanah telah mengadakan Pemukiman Tahunan Amanah Nasional di Bangi, minggu lalu.

Tambah Anuar, pemukiman berkenaan membabitkan pembentangan hasil kaji selidik melibatkan 1,000 responden dan telah menggariskan hala tuju baharu Amanah.

Katanya, Amanah akan mewujudkan badan pemantau bebas untuk memantau prestasi menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai lantikan politik daripada parti Amanah.

“Kedua, kita akan mengkaji proses tambah baik pelantikan lantikan politik dan memastikan keseimbangan antara kalangan profesional dan ahli politik tanpa menjejaskan merit dan kelayakan.

“Ketiga ialah merancakkan kempen untuk mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baru ke dalam Amanah terutamanya daripada PAS, UMNO dan pengundi muda,” katanya. – BERNAMA

Tags: Amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd