• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Mega: 8 PATI Ditahan Di Kulim

oleh Ahmad Albab
28/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Op Mega’ di tiga lokasi berasingan di sekitar Kulim, semalam.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi yang bermula 10.30 pagi hingga 6.30 petang itu melibatkan pemeriksaan di rumah sewa, kedai gunting rambut dan kedai runcit di Taman Seluang, Taman Senangin dan Taman Sawi, di sini.

“Pemeriksaan telah dijalankan terhadap 40 PATI pelbagai warganegara dan daripada jumlah itu enam lelaki Bangladesh, seorang lelaki India dan seorang wanita Indonesia berumur antara 23 hingga 44 tahun ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 56(1)(l) akta sama dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas kerja.

Beliau berkata kesemua mereka ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd