• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nisbah Hutang Isi Rumah Kepada KDNK 83.2%

oleh
27/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencatat 83.2 peratus sehingga akhir September 2018 berbanding 83.8 peratus pada akhir 2017, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata sejumlah besar daripada hutang isi rumah bertujuan pengumpulan harta kekayaan seperti beli harta kediaman (52.8 peratus) dan bukan kediaman (6.8 peratus), serta pelaburan dalam dana simpanan (5.7 peratus).

Katanya, kebanyakan peminjam individu mempunyai tahap hutang yang berhemat dan median nisbah khidmat hutang (DSR) keseluruhan bagi pembiayaan terkumpul ialah 32 peratus.

“Namun, masih terdapat segmen peminjam yang mempunyai kedudukan kewangan yang lemah iaitu sebanyak 6.5 peratus daripada keseluruhan peminjam mempunyai margin kewangan negatif.

“Kebanyakan daripada peminjam ini berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan dan mempunyai tahap DSR melebihi 60 peratus,” katanya pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Sri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang ingin tahu kadar hutang isi rumah berbanding dengan KDNK. dan langkah-langkah untuk mengurangkan hutang isi rumah.

Lim berkata antara langkah yang telah diambil bagi mengurangkan beban ditanggung oleh isi rumah adalah berteraskan dua prinsip iaitu memupuk amalan kredit dalam kalangan individu dan institusi kewangan serta mengelak isi rumah daripada berhutang secara berlebihan.

“Langkah-langkah ini telah dilaksanakan sejak 2010 dan kerajaan akan terus memantau tahap hutang isi rumah dan meneruskan langkah-langkah sedia ada bagi memastikan sektor isi rumah kekal mampan dan berdaya tahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: KDNKLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

Promosi Jualan Daging Babi Sempena Pesta Duanwu Bantu Kurangkan Beban Kos Sara Hidup – Lim Guan Eng

26/06/2026
0

BUTTERWORTH - Program promosi besar-besaran jualan daging babi sempena Pesta Duanwu akan terus dianjurkan bagi membolehkan rakyat Pulau Pinang membeli...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd