• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agih 1,000 Naskhah Al-Quran Di Sekolah Tahfiz Kemboja

oleh Cj Mnh
15/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – NGO Antarabangsa Malaysia hari ini mengagihkan 1,000 naskhah al-Quran kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja.

Pengerusinya Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata naskah-naskah al-Quran itu adalah sumbangan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia yang disampaikan kepada NGO Antarabangsa itu oleh Penasihat Islam kedutaan Sheikh Abdul Rahman M Al Herfi.

Kemboja tidak mempunyai kedutaan Arab Saudi.

Mustapha berkata, sumbangan itu amat bermakna buat sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja terutama yang terletak di sempadan Kemboja-Vietnam, yang mana ramai daripada guru-gurunya adalah lulusan universiti Makkah dan Madinah, selain lulusan pusat-pengajian Islam di Selatan Thailand dan Malaysia.

“Saya turut berterima kasih atas pemberian tersebut yang bermanfaat sebagai memenuhi keperluan pengisian agama dalam pembelajaran para pelajar sekolah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Mustapha menyeru lebih banyak NGO tempatan untuk memberi sumbangan serupa kepada sekolah-sekolah tahfiz di Kemboja.

Beliau turut melawat beberapa maahad tahfiz di kampung-kampung sempadan Kemboja-Vietnam untuk menyerahkan naskah al-Quran tersebut, yang turut dihadiri Ketua NGO Muslim Kemboja Ali Said. – BERNAMA

Tags: NGOSekolah Tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

RM306,000 Disalurkan Kepada NGO Dan Kuil Di Kulai – Teo Nie Ching

08/06/2026
0

KULAI - Sebanyak RM306,000 telah disalurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kulai bagi menyokong pelbagai aktiviti badan bukan kerajaan (NGO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd