Sunday, November 10, 2024

Creating liberating content

Rogol: Persatuan Hokkien Minta...

KUALA LUMPUR - Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur menggesa Ahli Parlimen Tasek...

Ops Warta: 9,836 Pesalah...

KUALA LUMPUR - Sejumlah 9,836 pesalah trafik telah menyerah diri dalam Ops Warta...

Najib Bidas Mahathir Anggap...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan...

Doa Afdlin Shauki Buat...

IBU kepada pelawak dan pengacara Datuk Afdlin Shauki iaitu Fadzilah Jelani meninggal dunia...

Napoli Tolak Bidaan 80 Juta Pound United Terhadap Koulibaly

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang Napoli, Kalidou Koulibaly.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim panas lalu dan menjadikan pemain Tottenham, Toby Alderweireld dan Harry Maguire dari Leicester City sebagai sasaran.

Namun lembaga pengarah United tidak memberi sebarang dana kepada Mourinho untuk membawa masuk muka baharu itu.

Menurut La Repubblica, United telah mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk Koulibaly tetapi ditolak Napoli.

Koulibaly adalah tonggak utama benteng pertahanan Napoli.

United telah memaklumkan Napoli bahawa mereka sanggup menawarkan bidaan sama pada musim panas akan datang.

Namun kelab Serie A itu yakin pemain kebangsaan Senegal itu boleh dijual pada harga lebih tinggi.


Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dilaporkan meminta bidaan sebanyak 89 juta pound sterling terhadap Koulibaly.

Beberapa kelab lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Bayern Munich turut berminat terhadap pemain berusia 27 tahun itu. – Metro.co.uk/mStar Online

Kategori