• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Napoli Tolak Bidaan 80 Juta Pound United Terhadap Koulibaly

oleh Ahmad Albab
19/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER United mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmat bintang Napoli, Kalidou Koulibaly.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk membawa masuk pemain pertahanan baharu pada musim panas lalu dan menjadikan pemain Tottenham, Toby Alderweireld dan Harry Maguire dari Leicester City sebagai sasaran.

Namun lembaga pengarah United tidak memberi sebarang dana kepada Mourinho untuk membawa masuk muka baharu itu.

Menurut La Repubblica, United telah mengemukakan bidaan bernilai 80 juta pound sterling untuk Koulibaly tetapi ditolak Napoli.

Koulibaly adalah tonggak utama benteng pertahanan Napoli.

United telah memaklumkan Napoli bahawa mereka sanggup menawarkan bidaan sama pada musim panas akan datang.

Namun kelab Serie A itu yakin pemain kebangsaan Senegal itu boleh dijual pada harga lebih tinggi.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis dilaporkan meminta bidaan sebanyak 89 juta pound sterling terhadap Koulibaly.

Beberapa kelab lain termasuk Real Madrid, Barcelona, Manchester City dan Bayern Munich turut berminat terhadap pemain berusia 27 tahun itu. – Metro.co.uk/mStar Online

Tags: Kalidou KoulibalyManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd