• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir ‘U-Turn’ PH Terus Baucar Buku

oleh
12/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINIS… Tidak sampai seminggu dikutuk ramai pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara, Pakatan Harapan (PH) selamba buat pusingan U dengan terus bantuan skim baucar buku.

Perkara lucu itu turut disentuh oleh Datuk Seri Najib Tun Razak apabila sindir Dr. Maszlee Malik kononnya insiatif berkenaan adalah hasil perjuangan Menteri Pendidikan tersebut untuk tolong penuntut IPT tempatan yang miskin.

Walhal ramai maklum skim itu dengan nama asalnya Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sudah diwujudkan Najib sejak 2012 ketika beliau menjadi Menteri Kewangan untuk kemudahan lebih 1.3 juta pelajar IPT beli bahan bacaan.

Malahan mulai 2017, BB1M didebitkan ke Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) yang diselaraskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan terus melalui agensinya, Bank Rakyat Malaysia Berhad.

Melalui penggunaan kad debit itu, pelajar tidak lagi terhad untuk beli buku akademik sahaja, sebaliknya mereka boleh menggunakan baucar bernilai RM250 bagi mendapatkan perisian komputer dan peralatan pembelajaran.

Ironi, skim itu yang amat diperlukan penuntut IPT tiba-tiba dimansuh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika bentang Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat pada 2 November sehingga dikritik banyak pihak termasuk ibu bapa.

Mengulas lanjut, Najib dalam satu hantaran menerusi akaun sosial Facebook milik beliau menyifatkan kenyataan Maszlee bahawa skim baucar itu konon merupakan salah satu perjuangan untuk penuntut IPT sebagai pusingan U.

“U-turn ni. Berani juga dia cakap: ‘skim baucar buku salah satu perjuangan saya buat mahasiswa’. Dia yang buat bajet, dia yang tak suka, dia yang tukar sekarang. Tak apa YB, ambillah kredit. Petiklah perjuangan, gunalah nama.

“Yang penting kebajikan mahasiswa kita terpelihara,” kata Najib dalam nada sinis sebagai mengulas kenyataan Maszlee hari ini bahawa Kementerian Kewangan akan teruskan skim BB1M yang dipotong pada Belanjawan 2o19.

Ini kerana pihak kementerian itu bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan supaya skim diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tersebut diteruskan bagi bantu mengurangkan beban kewangan penuntut IPT.

Tambah Maszlee, beliau telah membawa perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Putrajaya semalam iaitu sesi mesyuarat pertama selepas Belanjawan 2019 dibentangkan di Parlimen pada awal bulan ini.

“Kami harap ada berita gembira dalam waktu terdekat. Seperti yang saya janji sebelum ini, saya akan pasti kebajikan penuntut IPT dijaga dan skim baucar ini merupakan salah satu perjuangan saya untuk mereka,” dalih Maszlee.

Tags: baucarMaszlee Malik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

[RASMI] PRU15: Maszlee Malik Tewas Dengan Hasni Mohammad

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Hasni Mohammad dalam Parlimen Simpang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd