• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada 2012 kerana siasatan tertumpu kepada sumbangan politik, demikian menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

SPRM dalam kenyataannya hari ini berkata suruhanjaya itu telah menjalankan siasatan terhadap Musa dan kertas siasatan telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara pada Julai 2012 untuk tindakan selanjutnya.

“Walau bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan memandangkan siasatan tertumpu kepada sumbangan politik.

“Dasar Pejabat Peguam Negara ketika itu telah menetapkan untuk tidak menuduh kes yang melibatkan sumbangan politik,” kata SPRM dalam kenyataan susulan laporan yang memetik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta SPRM menjelaskan sebab Musa tidak dituduh sebelum ini.

Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata beliau percaya bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai alasan tertentu tidak mendakwa Musa dan percaya SPRM harus memberi penjelasan sebab Musa tidak dituduh sebelum ini.

SPRM berkata ia telah mengkaji semula kertas siasatan terhadap Musa beberapa bulan lepas setelah memperoleh maklumat baharu berhubung kes tersebut.

“SPRM telah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dikaji semula,” kata suruhanjaya itu.

Menurut SPRM, Peguam Negara kemudiannya memutuskan bahawa Musa berhadapan 35 pertuduhan kes rasuah di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 di mana beliau telah dituduh pada 5 Nov lepas. – BERNAMA

Tags: dakwaTan Sri Musa Aman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar

Muhyiddin Dakwa Kerjasama BN-PN Bukan Penyatuan Melayu Yang Sebenar

17/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kerjasama Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd