• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muruku Tetap Jadi Kuih Tradisional Pilihan

oleh
06/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kuih tradisional masyarakat India, muruku, bukan sahaja menjadi kudapan kegemaran kaum itu malah turut digemari masyarakat Melayu dan Cina.

Bagi kaum India, sambutan Deepavali tidak meriah dan bermakna tanpa hidangan kuih tradisional itu dan kebiasaannya ia akan dihasilkan sendiri bagi memastikan kesedapannya untuk dinikmati oleh tetamu.

Seorang suri rumah, R. Sinnamah, 70, berkata setiap tahun apabila menjelangnya Deepavali beliau bersama anggota keluarga akan mula membuat muruku yang menjadi kesukaan anak-anaknya.

“Muruku ni mesti ada di setiap rumah dan orang suka makan muruku sebab kerangupannya. Saya memang akan buat sendiri sebab boleh letak bahan lebih mengikut cita rasa kami sekeluarga.

“Selain anak-anak, tetamu yang datang beraya pun tak kiralah Melayu, Cina atau India mereka akan cari muruku saya terlebih dahulu, tak nampak dah kuih lain.

“Selalunya sebulan atau dua minggu sebelum Deepavali kami dah mula buat. Selalu saya buat muruku bersama anak-anak dan kadang-kadang jiran-jiran pun ada datang tolong buat muruku sekali,” katanya kepada Bernama.

Menggunakan bahan seperti tepung beras, tepung kacang hitam, biji lemuju, biji lenga, jintan manis, mentega dan sedikit garam, beliau berkata muruku sangat mudah dihasilkan kerana bahan-bahannya yang mudah diperoleh.

Sinnamah berkata selain menjadi hidangan pada hari Deepavali, beliau turut membuat kuih muruku itu untuk diberikan kepada orang ramai menerusi pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotainya.

Katanya sejak 10 tahun yang lalu, pertubuhan itu membuat kebajikan dengan mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan dan pada tahun ini pihaknya mengedarkan kudapan seperti muruku dan kerepek kepada dua buah penjara di George Town dan Jawi Seberang Perai Selatan.

Beliau berkata muruku bukan hanya menjadi makanan kegemaran malah mampu memupuk semangat perpaduan dan mengeratkan silaturahim antara kaum apabila ia dapat dihasilkan dan dimakan bersama.

“Perayaan Deepavali ini semua menyambutnya bukan sahaja masyarakat India. Hari Deepavali semua datang beraya ke rumah menikmati pelbagai juadah yang juga menjadi kesukaan masyarakat berbilang kaum,” kata ibu kepada dua anak itu. – Bernama

Tags: Deepavalimuruku
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

‘Saya Nampak Sendiri Orang Hilang 5 Jari’

20/10/2025
0

KULIM: "Deepavali kali ini sepatutnya menjadi pesta cahaya, tapi bertukar jadi tragedi kerana bunga api," kata R Pasupathi, 74. Mangsa...

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

Hadiah Deepavali Buat Pekebun Bebas Tuduhan Bunuh Ibu Saudara

05/11/2024
0

SEREMBAN - Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd