• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Shafie Mahu Agensi Kerajaan Kembalikan Tanah Milik Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua agensi kerajaan negeri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengembalikan tanah seliaan mereka yang sepatutnya menjadi hak milik penduduk.

Katanya beliau sudah mengarahkan Jabatan Tanah dan Ukur untuk meneliti perkara itu dan jika wujud tanah dalam milikan agensi kerajaan seperti Sawit Kinabalu dan Safoda yang sepatutnya menjadi hak rakyat, maka tanah itu perlu dikembalikan kepada orang kampung.

“Di daerah Kunak pun begitu… sehingga orang kampung berdepan dengan masalah tanah. Sawit Kinabalu banyak duit. Apa ertinya Sawit Kinabalu banyak duit tetapi rakyat miskin,” katanya di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata agensi kerajaan dan GLC tidak harus menyalahgunakan kuasa dengan mengetepikan hak rakyat.

“Kalau tauke-tauke boleh diberi beribu ekar tanah, takkan 15 ekar tidak dapat diberikan kepada orang kampung untuk buat rumah,” katanya yang menegaskan kerajaan baharu Sabah tidak mahu menyusahkan rakyat sehingga ada kes mengheret penduduk ke mahkamah.

Mengenai cadangan membina pusat pemindahan banjir di sini yang merupakan antara daerah di Sabah sering dilanda banjir pada musim tengkujuh, Mohd Shafie berkata kemudahan itu perlu diwujudkan segera agar tidak mengganggu proses pembelajaran anak-anak apabila sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara.

Katanya petempatan banjir berkenaan cuma sebagai asrama yang menyediakan tempat tidur, riadah serta ruang memasak kepada mangsa-mangsa banjir.

Mohd Shafie berkata ketika di luar musim banjir, kemudahan berkenaan boleh digunakan sebagai tempat perjumpaan dalam kalangan penduduk untuk membincangkan perkara-perkara yang berfaedah.

Menurutnya kemudahan itu bukan sahaja akan dibina di Kota Marudu tetapi juga di daerah-daerah lain yang sering dilanda banjir seperti Kota Belud dan Beaufort jika ada kawasan yang sesuai. – BERNAMA

Tags: Shafie ApdalTanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd