• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Sabu Jamin Akan Atasi Masalah Fasiliti Di TLDM Lumut

oleh
25/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini memberi jaminan akan mengutamakan penyelesaian masalah fasiliti dan kemudahan yang kurang memuaskan serta projek tertangguh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Katanya usaha membaik pulih kuarters serta memodenkan Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut harus dilakukan segera bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga TLDM berada pada tahap lebih selesa.

“Walaupun Pangkalan TLDM Lumut adalah pangkalan terbesar dengan jumlah lebih 25,000 penghuni dan telah wujud lebih 35 tahun, saya berpuas hati ia masih berdiri gah, bersih dan terjaga dengan baik.

“Namun begitu saya telah melihat sendiri beberapa masalah dan kekurangan kemudahan untuk anggota dan keluarga seperti kuarters kemudahan yang telah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan serta beberapa masalah lain,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerjanya ke Pangkalan TLDM Lumut di sini.

Lawatan itu adalah yang pertama beliau ke pagkalan tersebut sejak memegang portfolio berkenaan pada 21 Mei lalu.

Lawatan turut disertai Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, Timbalannya Laksamana Madya Datuk Reza Mohd Sany dan Panglima Armada Barat Laksamana Madya Datuk Rosli Ramli serta Komander Pangkalan Lumut Laksamana Pertama Roslan Mohd Yunus.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata kerja-kerja membaik pulih dan membesarkan Masjid An Nur yang tertangguh hingga menyebabkan sebahagian jemaah terpaksa menunaikan solat di gelanggang futsal akan disegerakan.

Mengulas perkembangan lain, Mohamad menafikan khabar angin yang mendakwa beliau sedang sakit.

“Kalau saya tak datang sini maka saya tidak sihatlah. Saya sihat dan sudah menjalani pemeriksaan kesihatan, kadang-kadang biasalah ada batuk, pening, bukan penyakit serius.. (saya) sihat, kuat, besar, teguh dan peramah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad SabuTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd