• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Redho Julang Nama Malaysia

oleh
07/11/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas juara Fear Factor Malaysia, Mohd Redha Rozlan mencipta sensasi di bumi Australia apabila menjuarai saingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) selepas menewaskan 95 peserta lain, semalam.

Dia yang lebih dikenali sebagai Mat Redho diangkat sebagai juara selepas mengungguli pentas akhir dengan melepasi semua halangan dalam tempoh 5 minit 13.09 saat (s).

Walaupun tidak diletakkan harapan tinggi selepas sekadar menduduki tempat kelapan pada peringkat kedua, pakar teknologi maklumat berusia 30 tahun itu jauh mengatasi pemenang tempat kedua Jake Murray dengan perbezaan masa 10s.

Malah, Mat Redho muncul satu-satunya peserta yang berjaya menghabiskan semua rintangan di pentas akhir sekali gus melayakkan dia memenangi anugerah ‘Last Man Standing’ ketika Murray gagal menghabiskannya.

“Saya berasa hebat dan terima kasih kepada halangan ini, ia amat menarik dan sudah pasti saya akan kembali ke sini pada tahun depan,” kata Mat Redho.

Mat Redho hadir ke sana hanya ditemani isteri dan anaknya yang menjadi sumber kekuatan buatnya untuk mengatasi perasaan gemuruh.

Malah, pengorbanannya itu nyata berbaloi apatah lagi selepas membelanjakan wang sendiri untuk ke kejohanan berkenaan.

NCL menyediakan tiga peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi semua peringkat sebelum layak ke final.

Antara rintangan yang perlu dilalui adalah lompat berhalangan, memanjat tali dan memanjat dinding. – BH Online

Tags: mat redho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Redho Dicalon Anugerah Perdana Belia Negara

07/11/2018
0

MUAR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bercadang mencalonkan atlet sukan ekstrem, Mohd Redha Rozlan atau...

Persoal Aksi ‘Rope Swing’ Mat Redho Dan Anak

20/03/2018
0

OH tidak... Kami sendiri lemah lutut menonton aksi berani daripada bekas pemenang bintang realiti, Fear Factor Malaysia ini yang terjun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd